Isu Pendidikan

Respon i-Guru Terhadap Tulisan Tan Sri Abdul Ghani Dalam Akhbar The Star Bertarikh 20 Mei 2018.


Deprecated: preg_split(): Passing null to parameter #3 ($limit) of type int is deprecated in /home/rekasawa/iguru.org.my/wp-content/themes/jannah/framework/functions/post-functions.php on line 791

1. i-Guru bersetuju supaya sistem pendidikan negara di nilai semula terutama sekolah yang berasaskan kepada bangsa seperti sekolah-sekolah vernakular iaitu SJKC dan SJKT.

2. i-Guru komited agar pihak KPM memperkasakan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah arus perdana dan wadah memupuk perpaduan dan keharmoniam kaum yang melambangkan identiti nasional.

3. i-Guru menggesa pihak KPM melihat kembali kewujudan sekolah-sekolah vernakular dan sejauh mana ia berjaya memupuk perpaduan bangsa. Sekiranya ia gagal, maka sekolah berteraskan ras atau kaum perlu dikaji dan ditukarkan kepada sekolah yang berkonsepkan satu bangsa tanpa menghilangkan identiti masing-masing. Maka pilihan terbaik ialah memperkasa SK yang sedia ada sebagai sekolah pilihan semua kaum. Untuk mengubah kepada sekolah vernakular maka pihak KPM perlu mengadakan referendum untuk melihat sokongan dan cadangan ini diterima setelah kajian terperinci dilakukan.

4. Sekolah-sekolah yang ditubuhkan untuk tujuan menjaga kepentingan Melayu yang sedia ada seperti SBP atas dasar persetujuan bersama perlu dipertahankan.

5. Sekolah-sekolah tahfiz dan agama tidak wajar dimansuhkan kerana ia bercanggah dengan perkara 3 (1) Islam sebagai agama persekutuan. Kewujudan sekolah-sekolah ini demi menjunjung dan memartabatkan maksud Islam sebagai agama persekutuan.

6. i-Guru berharap sebarang perubahan dan cadangan, mestilah membawa kebaikan dan memajukan sistem
pendidikan negara serta membina perpaduan kaum agar semua pihak dapat berinteraksi antara satu sama lain sekaligus merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Presiden i-Guru
Mohd Azizee Hasan


Deprecated: preg_split(): Passing null to parameter #3 ($limit) of type int is deprecated in /home/rekasawa/iguru.org.my/wp-content/themes/jannah/framework/functions/post-functions.php on line 791

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button