Isu : Cadangan Kementerian Pelancongan untuk wujudkan cuti persekolahan secara berperingkat.
Kenyataan media iGuru :
Isu : Cadangan Kementerian Pelancongan untuk wujudkan cuti persekolahan secara berperingkat.
1.iGuru menolak cadangan Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan cuti sekolah secara berperingkat di sekolah-sekolah bagi menjana sektor pelancongan dan mengatasi kesesakan kawasan tumpuan pelancongan.
2. iGuru berpendapat cadangan itu sukar dilaksanakan memandangkan kpm telah menetapkan jadual persekolahan, jadual peperiksaan yang seragam, jadual aktiviti kokurikulum dan sukan yang diselaraskan diperingkat kebangsaan.
3. Pada masa yang sama jika ia dilaksanakan ia menyukarkan ibubapa yang mempunyai anak yang belajar di tempat yang jauh dan berbeza negeri terutama yang belajar di sekolah- sekolah berasrama penuh seperti SBP, MRSM , SMKA dan sebagainya.
4. iGuru melihat sistem cuti persekolahan yang sedia ada membantu memudahkan ibubapa merancang cuti dengan baik terutama bagi yang satu bidang pekerjaan. Cuti yang sedia ini membolahkan ibubapa merancang percutian bersama-sama anak jika salah seorang bekerja di sektor kerajaan atau swasta.
5. iGuru mencadangkan pihak kementerian pelancongan mendapatkan pandangan semua pihak dari pihak KPM, ibubapa dan warga pendidik sebelum cadangan ini diangkat diperingkat kementerian.
6. iGuru yakin sektor pelancongan akan terus menjana ekonomi negara dan faktor perubahan waktu cuti bukanlah faktor utama menggalakkan sektor pelancongan. Masih banyak faktor lain yang boleh menjana sektor pelancongan seperti iklim politik, kemudahan, infranstruktur, pakej yang ditawarkan serta intergriti kerajaan.
Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru