Isu Penularan Nyanyian Lagu Negaraku di dalam Bahasa Mandarin : Ambil Tindakan Tegas dan Kaji Keberkesanan Sistem Pendidikan Vernakular
Isu Penularan Nyanyian Lagu Negaraku di dalam Bahasa Mandarin : Ambil Tindakan Tegas dan Kaji Keberkesanan Sistem Pendidikan Vernakular
1. iGuru memandang berat berkaitan isu penularan nyanyian lagu Negaraku menggunakan Bahasa Mandarin di salah sebuah SJKC di Seremban di dalam video yang berdurasi 1 minit 23 saat pada 26 September 2018.
2. iGuru berharap pihak KPM memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mana- mana sekolah yang mempersenda dan melakukan tindakan yang boleh menunjukkan rasa tidak hormat kepada negara.
3. Walaupun pihak KPM memaklumkan sebab dinyanyikan untuk tujuan memberi kefahaman, namun hal yang sedemikian tidak boleh dipandang remeh kerana ini menunjukkan sekolah- sekolah vernakular gagal menerapkan nilai- nilai patriotisme dan semangat cintakan negara di peringkat bangku sekolah lagi.
4. Semua pihak perlu mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968 demi menghormati dan mendaulatkan salah satu simbol negara. Sebarang tindakan yang melampau dan bertentangan dengan apa yang termaktub di dalam akta ini perlu di ambil tindakan yang sewajarnya.
5. Sudah sampai masanya untuk pihak yang berautoriti menilai semula keberkesanan sistem pendidikan vernakular dan memikirkan satu bentuk pendidikan yang mampu membina warga negara yang mencintai negara dan menghormati simbol negara melalui satu sistem
pendidikan yang seragam.
Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru