Kenyataan Media

Kenyataan i-GURU Mengenai Status Pengiktirafan UEC

Oleh : Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia
17 Julai 2017 : Kenyataan i-GURU Mengenai Status Pengiktirafan UEC

1. I-Guru menegaskan bahawa pendidikan merupakan wadah yang terpenting dalam usaha intergrasi bagi mewujudkan perpaduan antara kaum serta pembinaan negara bangsa yang utuh dan harmoni di Malaysia.

2. I-Guru turut menyokong Laporan Rahman Talib yang mencadangkan penyatuan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk semua kaum di Malaysia sebagai langkah paling strategik mendekatkan pelbagai kaum. Walaubagaimanapun, cadangan ini masih belum menjadi kenyataan.

3. sehubungan itu, I-Guru melahirkan rasa bimbang dengan usaha pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan pengiktirafan sijil peperiksaan Bersama, UEC yang akan terus melebarkan usaha integrasi dan perpaduan ini.

4. I-Guru berasa sangsi dengan kesediaan Pihak Dong Zong yang hanya mahu peperiksaan Bahasa Melayu sahaja yang diwajibkan sebagai syarat pengiktirafan tersebut sedangkan peperiksaan lain masih mengekalkan bahasa Cina. Bahkan kurikulumnya diambil daripada Taiwan dan bahasa pengantarnya adalah bahasa Cina.

5. I-Guru berpandangan, pengiktirafan UEC dengan syarat sebegini hanya akan meneruskan dua aliran pendidikan yang berbeza dan seterusnya menyumbang kepada pemisahan ideologi, cara hidup dan pergaulan dikalangan rakyat Malaysia.

6. I-guru juga ingin menzahirkan rasa bimbang dengan kerapuhan jatidiri pelajar yang lahir dari kurikulum yang berkiblatkan negara lain. Bagaimana mungkin semangat patriotisme dapat disemai tanpa bersandar kepada kurikulum nasional sebagai teras pendidikan dan pembinaan jatidiri.

7. I-guru menyeru agar kerajaan bersikap lebih tegas menolak usaha-usaha untuk menghalang perpaduan ini. Kerajaan seharusnya mengenepikan perbezaan politik dalam menangani isu ini sekiranya benar-benar komited untuk merealisasikan hasrat perpaduan, pembinaan negara bangsa dan gagasan 1 Malaysia.

8. Pendidikan sangat penting utk mewujudkan perpaduan, semangat patriotisme serta menjamin kestabilan negara. Hala tuju negara dipupuk dan ditentukan melalui pendidikan.

Back to top button