KPM : Pengambilan Calon ke IPGM Sesi 2020 Membawa Pengasingan Kaum, iGuru mohon membuat semakan semula.
Kenyataan Media
Selasa 21 Januari 2020
KPM : Pengambilan Calon ke IPGM Sesi 2020 Membawa Pengasingan Kaum, iGuru mohon membuat semakan semula.
1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) mencadangkan agar pihak KPM mengkaji semula kaedah pengambilan calon untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
2. Tujuan semakan kajian ini dibuat ialah supaya proses pengasingan kaum yang berlaku di dalam penawaran subjek tertentu dilihat agak kurang sesuai dan menepati hasrat falsafah pendidikan negara untuk memupuk perpaduan kaum.
3. iGuru berpendapat pengasingan kaum melalui jurusan subjek tertentu yang menjurus kepada sekolah –sekolah vernakular (SJKC/SJKT) yang ditawarkan kepada bakal guru sepanjang 5 tahun mereka belajar di IPGM akan merencatkan usaha penyatuan dan intergrasi nasional sedangkan guru adalah agen sosialisasi masyarakat melalui wadah pendidikan.
4. Hasil kajian yang dilakukan oleh pihak iGuru di sasawang 2020 (http://upu.moe.gov.my/web/), terdapat program yang tidak perlu di asingkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Contohnya bagi subjek Bahasa Melayu hendaklah diambil calon guru yang berkemahiran tinggi dan penutur jati bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
5. iGuru mencadangkan untuk Program Ijazah sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Jasmani tidakperlu diasingkan dan dipisahkan antara SK,SJKC dan SJKT (KB144026 /KB144021 /KB 144016).
6. Manakala guru-guru Sains dan Matematik pula, iGuru menggesa penempatan mereka tidak perlu dipisahkan mengikut SK,SJKC dan SJKT, kerana mereka boleh disatukan kepada satu kursus dan ditempatkan mana-mana sekolah.
7. Cadangan semakan semula kaedah pengambilan calon IPGM ini adalah bertujuan untuk membina penyatuan kaum diperingkat latihan perguruan dan penjimatan kos penempatan .
8. iGuru menyokong sepenuhnya kenyataan Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGMMB) berhubung isu ini dan berharap pihak KPM membuat semakan semula pengambilan calon ke IPGM.
Presiden iGuru
Mohd Azizee Hasan