Pandangan i-Guru Berkenaan Isu Cadangan Mengkaji Semula Hukuman Buang Sekolah
Oleh Kementerian Wanita dan
Pandangan i-Guru Berkenaan Isu Cadangan Mengkaji Semula Hukuman Buang Sekolah
7 Oktober 2017
1. Ikatan Guru – Guru Muslim bersetuju agar cadangan buang sekolah dikaji dan diperhalusi semula selaras dengan konsep sekolah sebagai tempat mendidik dan membina jati diri pelajar.
2. Hukuman ‘ buang sekolah’ akan kekal releven sekiranya kes disiplin telah ditangani dengan sebaiknya dan membawa kemudaratan yang lebih besar kepada diri pelajar, pelajar lain dan pihak sekolah.
3. Tanggungjawab menangani masalah disiplin bukan terbeban kepada pihak sekolah semata-mata tetapi juga kembali kepada peranan utama iaitu ibubapa dan disokong oleh masyarakat.
4. Pihak ibubapa atas nama PIBG perlu saling bantu membantu menangani kes pelajar bermasalah sebagai satu sarana keibubapaan.
5. Sewajarnya pelajar bermasalah tadi diberi alternatif lain seperti melibatkan mereka kpd hukuman berbentuk program khidmat sosial, khidmat bakti, menyertai kem pembinaan jatidiri dan latihan kemahiran tektnikal. Ini dapat mengurangkan masalah disiplin akibat kejemuan dalam pembelajaran yang membawa pelajar tersebut melakukan aktiviti negatif.
6. Sekolah – sekolah yang menerima pelajar bermasalah seperti sek tunas bakti perlu penjenamaan semula atau nafas baharu dengan program yang dapat membentuk jatidiri dan pemulihan mental dan spritual serta membina kemahiran teknikal yang berguna selepas menamatkan persekolahan.
7. Buang sekolah bukan jawapan kepada menangani isu disiplin kerana masyarakat sekeliling akan menjadi guru tidak rasmi kepada pelajar tersebut. Sekiranya dibiarkan ia mengundang isu lain bahkan menambahkan lagi masalah di dalam masyarakat. Perlu kebijaksanaan dan kolaborasi semua pihak dari KPM, sekolah, ibubapa dan masyarakat.
Presiden i-GURU