Aktiviti

Penyampaian Jejak Syawal & Sumbangan Hari Raya

Program Jejak Syawal adalah inisiatif iGuru untuk membantu para pelajar yang memerlukan sempena musim perayaan Aidilfitri.

Hari ini, 8 Jun 2018, majlis penyampaian Jejak Syawal & sumbangan Hari Raya Aidilfitri sekali lagi telah berjaya dilaksanakan. Sumbangan itu telah diserahkan oleh guru besar sekolah, Encik Abd Rahman bin Abd Samad  kepada 15 orang pelajar yang memerlukan di SK Serting Ilir,Jempol.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa pelajar pada musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

 

Back to top button