Isu Pendidikan

Respon Cadangan Pembantu Pengajar (Guru)

Respon Cadangan Pembantu Pengajar ( Guru)

1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia ( i-Guru) menyambut baik cadangan menefesto PH untuk mewujudkan jawatan pembantu pengajar bagi mengurangkan beban tugas para guru sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Tim Perdana Menteri.

2. Projek rintis yang telah dilaksanakan di Negeri Kedah dan Melaka sejak 2012 melalui perjawatan sebagai pembantu tadbir dan pembantu guru yang berstatus sambilan perlu diangkat sebagai perjawatan tetap bagi gred N17/N19.

3. i-Guru mengesyorkan perjawatan ini diperluaskan ke negeri- negeri lain sebagai membantu meringankan beban tugas guru. Mereka perlu diberi perlu diberikan pendedahan berkaitan tugas mereka serta kemahiran menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kem. Pendidikan seperti APDM, EMIS, HRMIS dan sebagainya.
4. i-Guru sambut baik kenyataan Menteri Pendidikan berkaitan pemberhentian siri audit gelombang 2 (SKPMg2) bagi meringankan beban kira- kira 500,000 guru seluruh negara.

5. i-Guru mencadangkan pihak KPM menilai semula tugas-tugas guru yang tidak ada perkaitan dengan proses PdPc agar mereka tidak disibukkan dengan hal-hal teknikal dan pengkeranian serta mengembalikan peranan mereka membawa ‘roh pendidikan’ dalam membina generasi bangsa yang hebat.

6. i-Guru mencadangkan pembantu pengajar perlu diwujudkan dalam dua bentuk opsyen iaitu satu yang berkaitan pentadbiran dan operasi ( bukan tugas pengajaran) dan satu lagi berkaitan dengan perkhidmatan pengajaran seperti penyemakan pelajaran, membantu proses PdPc, pengiraan gred dan penyelian aktiviti luar kelas.

7. Untuk tujuan tersebut pihak KPM perlu membuat kajian mendalam berkenaan hal tersebut dan projek rintis pembantu pengajar ( tugas pengajaran) perlu dimulakan dengan mengambil kira keperluan murid sesuatu sekolah, kos kewangan, kelayakan akademik dan kemampuan KPM.

8. Apa yang paling penting kewujudan pembantu pengajar ini mesti menuju kepada peningkatan akademik dan pembentukan sahsiah murid serta melonjakkan kecemerlangan sekolah terutama sekolah-sekolah luar bandar yang memerlukan tumpuan akademik dan akses kemudahan pembelajaran.

9. Kewujudan jawatan ini diharap tidak menjadikan para guru semakin kurang produktif tetapi memastikan semangat dan roh pendidikan dikembalikan semula di tempatnya yang sebenar supaya matlamat dan falsafah pendidikan negara dapat direalisasikan.

Back to top button