Salam Tahun Baru 2020 buat semua warga pendidik.
Salam Tahun Baru 2020 buat semua warga pendidik.
1. Mari kita sederap selangkah berganding bahu memikul amanah mendidik anak bangsa dengan penuh komited dan serius demi melihat masa depan negara yang cemerlang.
2. Tahun- tahun mendatang, medan mendidik semakin kompleks dan mencabar terutama berdepan cabaran IR 4.0. Murid- murid perlu diasah kecerdasan AI serta didedahkan dengan dunia Internet of Thing (IoT) di samping penekanan jatidiri dan pembinaan karektor yang berteraskan paksi agama dan nilai-nilai unggul budaya bangsa. Manakala para guru pula perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai skill, pengetahuan dan perubahan sikap untuk menyahut cabaran tersebut.
3. iGuru sebagai ngo pendidikan akan terus berjuang mempertahankan kepentingan pendidikan berlandaskan semangat perlembagaan dan dasar pendidikan kebangsaan.
4. Antara isu utama pendidikan yang akan menjadi fokus 2020 ialah perjuangan mewujudkan satu aliran pendidikan kebangsaan, memperkasa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan semua kaum, pendidikan terbaik kepada kelompok B40 dan berusaha memartabatkan sistem pendidikan Islam serta membela sekolah-sekolah agama rakyat dan tahfiz.
5. iGuru akan terus melaksanakan pendekatan engagement dan bersikap inklusif dengan semua pihak samada kerajaan, swasta dan ngo- ngo bagi menjayakan hasrat murni pendidikan negara serta meningkatkan kualiti pendidikan kita bertaraf dunia.
6. iGuru menyakini bahawa sekiranya semua pihak menghormati apa yang termaktub di dalam perlembagaan, ruang pertikaian dan jurang perpecahan dapat dihindarkan terutama hal berkaitan polemik tulisan jawi, pengiktirafan UEC dan lain- lain perkara.
7. iGuru berharap tahun 2020 adalah masa membuktikan keunggulan sistem pendidikan kita dalam kemajmukan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana kelompok tak kira desa atau bandar, merentas kaum dan budaya menepati hasrat Penyata Razak 1956.
8. Semoga pendidikan kita terus maju dan sukses berdepan apa jua rintangan dan cabaran ke arah membangun bangsa dan negara yang berdaulat.
Salam Tahun Baru 2020
Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru