Ikatan Guru Muslim Malaysia | I-Guru
4.38K subscribers
1.16K photos
48 videos
20 files
829 links
Download Telegram
๐ŸŒฟ INFAK JUMAAT iGURU ๐ŸŒฟ

โ€œRingan Tangan Menghulur, Besar Ganjaran di Sisi Allah.โ€

Hari Jumaat ialah penghulu segala hari, hari yang penuh keberkatan dan gandaan pahala. Marilah kita bersama-sama merebut peluang ini dengan memperbanyakkan amalan bersedekah dan berinfak.

iGuru mengajak seluruh warga pendidik, ahli iGuru serta masyarakat untuk menjadikan amalan infak sebagai budaya hidup. Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, mampu memberi manfaat yang besar kepada insan lain dan menjadi bekalan pahala yang berterusan.

Rasulullah SAW bersabda:

โ€œSedekah tidak akan mengurangkan harta.โ€
(Riwayat Muslim)

Semoga setiap infak yang dihulurkan diterima oleh Allah SWT, dilimpahkan keberkatan dalam rezeki, dipermudahkan segala urusan serta menjadi saham akhirat yang berkekalan.

Mari Berinfak, Raih Keberkatan Jumaat.

Akaun : Ikatan Guru Muslim Malaysia
No Akaun : 5551 0832 1077

Ikhlas daripada
Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru)
โค2
Seluruh Kepimpinan i-Guru merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penganugerahan tersebut adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, pada 24 Ogos 2026.

Semoga pengiktirafan yang penuh bermakna ini menjadi pemangkin untuk Yang Berhormat Datuk Seri terus cemerlang dalam memimpin dan memperkasakan pendidikan negara.

Ikhlas daripada
Jawatankuasa Pusat iGuru

#ikatangurumuslimmalaysia
#MenteriPendidikan
#PendidikanMalaysia
โค2
Salam Maulidur Rasul 1448H
โค2
KUNJUNGAN HORMAT i-GURU CAWANGAN SABAH KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

๐Ÿ“… Tarikh: 1 September 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari: Selasa
โฐ Masa: 2.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Alhamdulillah, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU) Cawangan Sabah telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan berkesempatan mengadakan pertemuan bersama YBhg. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Kunjungan ini menjadi medan penting bagi memperkukuh hubungan strategik antara i-GURU Cawangan Sabah dengan JPN Sabah, khususnya dalam usaha bersama memperkasakan pendidikan dan pembangunan profesionalisme warga pendidik.

Antara objektif kunjungan ialah:

1. Memperkukuh jaringan kerjasama dan hubungan strategik antara i-GURU Cawangan Sabah dengan JPN Sabah.
2. Meneroka ruang kolaborasi dalam program pendidikan, pembangunan profesionalisme guru dan pembentukan karakter murid.
3. Berkongsi pandangan serta aspirasi berkaitan isu dan perkembangan semasa pendidikan.
4. Menyokong usaha JPN Sabah dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kesejahteraan warga pendidik.
5. Membina sinergi berterusan melalui program-program pendidikan yang memberi manfaat kepada guru, murid dan komuniti.

i-GURU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan serta pihak JPN Sabah atas kesudian menerima kunjungan dan ruang perbincangan yang diberikan.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kolaborasi strategik demi memartabatkan profesion keguruan dan memperkasakan pendidikan di negeri Sabah.

โ€œBersama Memartabatkan Pendidikan, Membela Guru, Membina Generasi.โ€

#iGURU
#iGURUSabah
#JPNSabah
๐Ÿ‘1
๐ŸŒฟ INFAK JUMAAT iGURU ๐ŸŒฟ

โ€œRingan Tangan Menghulur, Besar Ganjaran di Sisi Allah.โ€

Hari Jumaat ialah penghulu segala hari, hari yang penuh keberkatan dan gandaan pahala. Marilah kita bersama-sama merebut peluang ini dengan memperbanyakkan amalan bersedekah dan berinfak.

iGuru mengajak seluruh warga pendidik, ahli iGuru serta masyarakat untuk menjadikan amalan infak sebagai budaya hidup. Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, mampu memberi manfaat yang besar kepada insan lain dan menjadi bekalan pahala yang berterusan.

Rasulullah SAW bersabda:

โ€œSedekah tidak akan mengurangkan harta.โ€
(Riwayat Muslim)

Semoga setiap infak yang dihulurkan diterima oleh Allah SWT, dilimpahkan keberkatan dalam rezeki, dipermudahkan segala urusan serta menjadi saham akhirat yang berkekalan.

Mari Berinfak, Raih Keberkatan Jumaat.

Akaun : Ikatan Guru Muslim Malaysia
No Akaun : 5551 0832 1077

Ikhlas daripada
Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru)
โค2
https://www.facebook.com/share/p/1C3o6FFPsM/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฃ ๐ƒ๐ˆ๐’๐Š๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ.๐ŸŽ

๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐€๐Š๐“๐„๐‘ ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ โ€œ๐‚๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐’๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฃ๐ข?โ€

Kita sedang membentuk pelajar untuk lulus peperiksaan atau membentuk insan untuk menghadapi kehidupan?

Persoalan ini menjadi fokus Diskusi Meja Bulat Siri 2, yang bakal menghimpunkan pemegang-pemegang taruh dan pakar dalam ekosistem pendidikan untuk menelusuri ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐ค๐š๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ž๐ซ, ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ dalam realiti pendidikan hari ini.

๐Ÿ“Anjuran iGuru cawangan Sabah.

๐Ÿค Kerjasama:
โ€ข Jabatan Pendidikan Negeri Sabah โ€ข Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

๐Ÿ“… 20 September 2026 | Ahad
๐Ÿ“ Le Mรฉridien Hotel, Kota Kinabalu

๐’๐ž๐›๐ฎ๐š๐ก ๐ฐ๐š๐œ๐š๐ง๐š ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐š๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐ข๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค.

๐ŸŒฑ PEMBELA GURU, PEMBINA GENERASI.
Sabtu | 19 September 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Presiden i-GURU, Ustaz Mohd Azizee bin Hasan atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan khidmat terbaik, memimpin dengan penuh amanah serta istiqamah memperjuangkan kecemerlangan pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan.

Terus berbakti, terus menginspirasi. Tahniah daripada seluruh keluarga i-GURU!
๐Ÿ‘3๐Ÿ‘2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
https://www.facebook.com/share/v/1CUmfHmQ7q/?mibextid=wwXIfr

๐€๐ฉ๐š๐ค๐š๐ก ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ ๐ค๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐ ?Adakah hanya diukur melalui keputusan peperiksaan dan akademik atau ada ๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐ข๐ฌ๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐ฌ๐ž๐›๐ฎ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง?

Semuanya telah dirungkaikan dalamโ€ฆ ๐Ÿ”ฅ
๐ƒ๐ˆ๐’๐Š๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ | ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Š๐š๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ž๐ซ ๐Œ๐ฎ๐ซ๐ข๐ : ๐‚๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐’๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฃ๐ข.

#igurusabah
#pembelagurupembinagenerasi
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
21 SEPTEMBER 2026
PROGRAM DISKUSI PENDIDIKAN SABAH - RUANG MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK SEKTOR PENDIDIKAN
๐Ÿ‘1
"i-Guru menyeru semua pihak menghormati proses siasatan yang sedang berjalan serta mengelakkan sebarang spekulasi mengenai punca, motif atau pihak yang bertanggungjawab sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.

"Keselamatan pelajar tidak seharusnya hanya dilihat daripada sudut kawalan fizikal, sebaliknya merangkumi pembangunan akhlak, pengurusan emosi, hubungan senior-junior, pencegahan buli, intervensi awal serta keberanian murid lapor sebarang ancaman atau keganasan," katanya.


https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2026/09/1652096/i-guru-cadang-enam-langkah-perkukuh-keselamatan-asrama
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. ๐Ÿค
๐Ÿ“š ROAD TO SUCCESS SPM i-GURU 2026
๐Ÿงช SAINS bersama Cikgu Amirudin bin Dahlan
๐Ÿซ SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Samarahan Sarawak

๐Ÿ—“๏ธ Jumaat, 2 Oktober 2026
โฐ 9.00 โ€“ 10.30 malam
๐ŸŽฌ Google meet : https://meet.google.com/uaj-yeut-swh

โœจ Nak mantapkan penguasaan Sains SPM?
โœจ Nak faham konsep dengan lebih jelas?
โœจ Nak belajar teknik menjawab dengan lebih yakin?

๐Ÿ’ฅ Jangan lepaskan peluang ini!
Sediakan buku nota, alat tulis dan yang paling penting โ€” SEMANGAT UNTUK BERJAYA! ๐Ÿ”ฅ

๐ŸŽฏ ROAD TO SUCCESS โ€” USAHA HARI INI, KEJAYAAN ESOK!

Ayuh sertai dan buktikan bahawa anda mampu mencapai kejayaan dalam SPM 2026! ๐Ÿ’ช๐Ÿ“–๐Ÿงช
โค1
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN i-GURU

KEMATIAN MURID: HORMATI SIASATAN, ELAK SPEKULASI DAN PASTIKAN SEKOLAH KEKAL TEMPAT SELAMAT

4 Oktober 2026

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal atas pemergian beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuninya, merahmatinya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Berhubung kejadian yang berlaku, i-Guru berpandangan bahawa semua pihak perlu memberikan ruang sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan secara profesional, telus dan menyeluruh bagi menentukan fakta sebenar kejadian.

i-Guru menyeru masyarakat, khususnya pengguna media sosial, supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh mengganggu proses siasatan, malah boleh menambahkan kesedihan dan tekanan emosi kepada keluarga Allahyarhamah. Hormatilah privasi dan perasaan mereka pada saat yang amat sukar ini.

Pada masa yang sama, tragedi melibatkan murid perlu mengingatkan kita bahawa keselamatan dan kesejahteraan murid mesti sentiasa menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap institusi pendidikan. Aspek keselamatan fizikal, emosi dan sosial murid perlu diberikan perhatian berterusan melalui pemantauan, pengurusan risiko, penguatkuasaan prosedur keselamatan serta kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan.

Sekolah mesti kekal sebagai tempat yang selamat, sejahtera dan dipercayai oleh murid serta ibu bapa. Setiap murid berhak hadir ke sekolah dalam keadaan aman, belajar tanpa rasa takut dan kembali kepada keluarga mereka dengan selamat.

i-Guru yakin pihak berkuasa akan menjalankan siasatan sewajarnya dan menyeru semua pihak agar menghormati proses tersebut. Sekiranya terdapat kelemahan yang dikenal pasti hasil siasatan, tindakan penambahbaikan hendaklah dilaksanakan dengan segera supaya kejadian seumpama ini dapat dicegah pada masa hadapan.

Al-Fatihah

ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†ุŒ ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ุง ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูˆุนุงูู‡ุง ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุง

MOHD AZIZEE BIN HASAN
Presiden
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru)
4 Oktober 2026