Ikatan Guru Muslim Malaysia | I-Guru
4.37K subscribers
1.16K photos
49 videos
20 files
830 links
Download Telegram
๐ŸŒฟ INFAK JUMAAT iGURU ๐ŸŒฟ

โ€œRingan Tangan Menghulur, Besar Ganjaran di Sisi Allah.โ€

Hari Jumaat ialah penghulu segala hari, hari yang penuh keberkatan dan gandaan pahala. Marilah kita bersama-sama merebut peluang ini dengan memperbanyakkan amalan bersedekah dan berinfak.

iGuru mengajak seluruh warga pendidik, ahli iGuru serta masyarakat untuk menjadikan amalan infak sebagai budaya hidup. Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, mampu memberi manfaat yang besar kepada insan lain dan menjadi bekalan pahala yang berterusan.

Rasulullah SAW bersabda:

โ€œSedekah tidak akan mengurangkan harta.โ€
(Riwayat Muslim)

Semoga setiap infak yang dihulurkan diterima oleh Allah SWT, dilimpahkan keberkatan dalam rezeki, dipermudahkan segala urusan serta menjadi saham akhirat yang berkekalan.

Mari Berinfak, Raih Keberkatan Jumaat.

Akaun : Ikatan Guru Muslim Malaysia
No Akaun : 5551 0832 1077

Ikhlas daripada
Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru)
โค2
https://www.facebook.com/share/p/1C3o6FFPsM/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฃ ๐ƒ๐ˆ๐’๐Š๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ.๐ŸŽ

๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐€๐Š๐“๐„๐‘ ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ โ€œ๐‚๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐’๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฃ๐ข?โ€

Kita sedang membentuk pelajar untuk lulus peperiksaan atau membentuk insan untuk menghadapi kehidupan?

Persoalan ini menjadi fokus Diskusi Meja Bulat Siri 2, yang bakal menghimpunkan pemegang-pemegang taruh dan pakar dalam ekosistem pendidikan untuk menelusuri ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐ค๐š๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ž๐ซ, ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ dalam realiti pendidikan hari ini.

๐Ÿ“Anjuran iGuru cawangan Sabah.

๐Ÿค Kerjasama:
โ€ข Jabatan Pendidikan Negeri Sabah โ€ข Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

๐Ÿ“… 20 September 2026 | Ahad
๐Ÿ“ Le Mรฉridien Hotel, Kota Kinabalu

๐’๐ž๐›๐ฎ๐š๐ก ๐ฐ๐š๐œ๐š๐ง๐š ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐š๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐ข๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค.

๐ŸŒฑ PEMBELA GURU, PEMBINA GENERASI.
Sabtu | 19 September 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Presiden i-GURU, Ustaz Mohd Azizee bin Hasan atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan khidmat terbaik, memimpin dengan penuh amanah serta istiqamah memperjuangkan kecemerlangan pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan.

Terus berbakti, terus menginspirasi. Tahniah daripada seluruh keluarga i-GURU!
๐Ÿ‘3๐Ÿ‘2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
https://www.facebook.com/share/v/1CUmfHmQ7q/?mibextid=wwXIfr

๐€๐ฉ๐š๐ค๐š๐ก ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ ๐ค๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐ ?Adakah hanya diukur melalui keputusan peperiksaan dan akademik atau ada ๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐ข๐ฌ๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐ฌ๐ž๐›๐ฎ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง?

Semuanya telah dirungkaikan dalamโ€ฆ ๐Ÿ”ฅ
๐ƒ๐ˆ๐’๐Š๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ | ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Š๐š๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ž๐ซ ๐Œ๐ฎ๐ซ๐ข๐ : ๐‚๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐’๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฃ๐ข.

#igurusabah
#pembelagurupembinagenerasi
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
21 SEPTEMBER 2026
PROGRAM DISKUSI PENDIDIKAN SABAH - RUANG MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK SEKTOR PENDIDIKAN
๐Ÿ‘1
"i-Guru menyeru semua pihak menghormati proses siasatan yang sedang berjalan serta mengelakkan sebarang spekulasi mengenai punca, motif atau pihak yang bertanggungjawab sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.

"Keselamatan pelajar tidak seharusnya hanya dilihat daripada sudut kawalan fizikal, sebaliknya merangkumi pembangunan akhlak, pengurusan emosi, hubungan senior-junior, pencegahan buli, intervensi awal serta keberanian murid lapor sebarang ancaman atau keganasan," katanya.


https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2026/09/1652096/i-guru-cadang-enam-langkah-perkukuh-keselamatan-asrama
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. ๐Ÿค
๐Ÿ“š ROAD TO SUCCESS SPM i-GURU 2026
๐Ÿงช SAINS bersama Cikgu Amirudin bin Dahlan
๐Ÿซ SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Samarahan Sarawak

๐Ÿ—“๏ธ Jumaat, 2 Oktober 2026
โฐ 9.00 โ€“ 10.30 malam
๐ŸŽฌ Google meet : https://meet.google.com/uaj-yeut-swh

โœจ Nak mantapkan penguasaan Sains SPM?
โœจ Nak faham konsep dengan lebih jelas?
โœจ Nak belajar teknik menjawab dengan lebih yakin?

๐Ÿ’ฅ Jangan lepaskan peluang ini!
Sediakan buku nota, alat tulis dan yang paling penting โ€” SEMANGAT UNTUK BERJAYA! ๐Ÿ”ฅ

๐ŸŽฏ ROAD TO SUCCESS โ€” USAHA HARI INI, KEJAYAAN ESOK!

Ayuh sertai dan buktikan bahawa anda mampu mencapai kejayaan dalam SPM 2026! ๐Ÿ’ช๐Ÿ“–๐Ÿงช
โค2
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN i-GURU

KEMATIAN MURID: HORMATI SIASATAN, ELAK SPEKULASI DAN PASTIKAN SEKOLAH KEKAL TEMPAT SELAMAT

4 Oktober 2026

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal atas pemergian beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuninya, merahmatinya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Berhubung kejadian yang berlaku, i-Guru berpandangan bahawa semua pihak perlu memberikan ruang sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan secara profesional, telus dan menyeluruh bagi menentukan fakta sebenar kejadian.

i-Guru menyeru masyarakat, khususnya pengguna media sosial, supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh mengganggu proses siasatan, malah boleh menambahkan kesedihan dan tekanan emosi kepada keluarga Allahyarhamah. Hormatilah privasi dan perasaan mereka pada saat yang amat sukar ini.

Pada masa yang sama, tragedi melibatkan murid perlu mengingatkan kita bahawa keselamatan dan kesejahteraan murid mesti sentiasa menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap institusi pendidikan. Aspek keselamatan fizikal, emosi dan sosial murid perlu diberikan perhatian berterusan melalui pemantauan, pengurusan risiko, penguatkuasaan prosedur keselamatan serta kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan.

Sekolah mesti kekal sebagai tempat yang selamat, sejahtera dan dipercayai oleh murid serta ibu bapa. Setiap murid berhak hadir ke sekolah dalam keadaan aman, belajar tanpa rasa takut dan kembali kepada keluarga mereka dengan selamat.

i-Guru yakin pihak berkuasa akan menjalankan siasatan sewajarnya dan menyeru semua pihak agar menghormati proses tersebut. Sekiranya terdapat kelemahan yang dikenal pasti hasil siasatan, tindakan penambahbaikan hendaklah dilaksanakan dengan segera supaya kejadian seumpama ini dapat dicegah pada masa hadapan.

Al-Fatihah

ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†ุŒ ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ุง ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูˆุนุงูู‡ุง ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุง

MOHD AZIZEE BIN HASAN
Presiden
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru)
4 Oktober 2026
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
https://www.facebook.com/share/v/19j6xJunzk/?mibextid=wwXIfr

๐ƒ๐ˆ๐’๐Š๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ.๐ŸŽ
๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Š๐š๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ž๐ซ ๐Œ๐ฎ๐ซ๐ข๐ : ๐‚๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐’๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฃ๐ข ?

Pendidikan hendaklah tidak hanya melangkaui pencapaian akademik semata-mata bahkan memberi keutamaan kepada pembentukan insan berilmu, beradab, berintegriti, berdaya tahan dan bertanggungjawab.

๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข๐ ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ค๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฃ๐š ๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐ฌ๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ ๐›๐š๐ ๐ข ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ข๐ง๐ข?

#pembelagurupembinagenerasi
๐Ÿ‘1
KENYATAAN MEDIA
IKATAN GURU MUSLIM MALAYSIA (i-GURU)

BELANJAWAN PENDIDIKAN 2027: LANGKAH POSITIF MEMPERKASA PENDIDIKAN, NAMUN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PERLU MENJADI KEUTAMAAN

Ikatan Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyambut baik pengumuman Belanjawan 2027 yang memperuntukkan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), meningkat daripada RM66.2 bilion pada tahun 2026. Peningkatan sekitar RM2.8 bilion atau 4.2 peratus ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk menjadikan pendidikan sebagai agenda utama pembangunan negara.

i-Guru berpandangan bahawa peningkatan peruntukan ini merupakan perkembangan positif, namun kejayaan sebenar Belanjawan Pendidikan 2027 perlu diukur berdasarkan keberkesanan pelaksanaan, peningkatan kualiti pendidikan, kesejahteraan guru serta manfaat yang diterima oleh murid.

1. Prasarana Sekolah dan Pendidikan Saksama

i-Guru mengalu-alukan peningkatan peruntukan penyelenggaraan dan baik pulih sekolah daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion, selain hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Peruntukan kepada pelbagai aliran sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJKT serta institusi pendidikan agama juga memperlihatkan usaha kerajaan memenuhi keperluan pendidikan yang pelbagai.

Bagaimanapun, i-Guru menegaskan bahawa pengagihan peruntukan hendaklah berasaskan keperluan sebenar, tahap kedaifan, keselamatan bangunan dan jumlah murid, bukannya semata-mata kategori sekolah.

2. Kebajikan Murid dan Meringankan Beban Keluarga

Peningkatan Bantuan Awal Persekolahan daripada RM150 kepada RM200, elaun sara hidup pelajar Tingkatan Enam sebanyak RM2,500 serta peruntukan RM870 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan merupakan langkah yang wajar dihargai.

Inisiatif ini mampu membantu keluarga menghadapi peningkatan kos sara hidup serta mengurangkan jurang pendidikan.

Namun, i-Guru mencadangkan agar mekanisme bantuan sentiasa dinilai berdasarkan kos sebenar persekolahan, khususnya bagi keluarga B40, murid luar bandar dan murid yang tinggal di asrama.

3. Mengurangkan Beban Tugas Guru

i-Guru menyambut baik peluasan pengambilan Pembantu Guru ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi sebagai langkah mengurangkan beban perkeranian guru.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan inisiatif ini tidak seharusnya terhad kepada sekolah berkepadatan tinggi sahaja. Guru di sekolah luar bandar, sekolah berasrama dan sekolah yang kekurangan kakitangan sokongan turut berhadapan beban tugas bukan pengajaran yang tinggi.

i-Guru berpandangan bahawa usaha mengembalikan guru kepada tugas hakiki mendidik perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

4. Keselamatan, Sahsiah dan Kesejahteraan Murid

Dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan negara, i-Guru mengingatkan bahawa pembangunan prasarana fizikal perlu bergerak seiring dengan pembangunan sahsiah, akhlak, disiplin dan kesejahteraan emosi murid.

Isu buli, keselamatan asrama, kesihatan mental dan keruntuhan nilai perlu diberikan perhatian serius melalui peruntukan khusus bagi program pencegahan, intervensi serta pengukuhan sistem sokongan murid.

Sehubungan itu, i-Guru mengemukakan lima cadangan utama:

1. Memastikan ketelusan dan keberkesanan peruntukan melalui pemantauan berkala, audit pelaksanaan serta keutamaan kepada sekolah yang benar-benar memerlukan.

2. Memperluas pelantikan Pembantu Guru dan kakitangan sokongan secara berfasa bagi mengurangkan beban tugas bukan pengajaran, termasuk di sekolah berasrama.

3. Menyediakan peruntukan khusus keselamatan dan kesejahteraan murid, termasuk penambahan pembantu warden, pengukuhan kaunseling serta program pencegahan buli dan salah laku.

4. Memperkasa pembangunan profesional dan kebajikan guru melalui latihan berkualiti, sokongan kesejahteraan psikososial dan pengurangan beban pentadbiran.

5. Memperkukuh pendidikan nilai, adab dan karakter agar kecemerlangan akademik diseimbangkan dengan pembentukan insan berakhlak, berintegriti dan bertanggungjawab.
i-Guru menghargai komitmen kerajaan melalui peningkatan peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 2027. Namun, peruntukan yang besar bukanlah jaminan mutlak kepada peningkatan mutu pendidikan tanpa tadbir urus yang cekap, pelaksanaan yang telus dan penilaian impak yang berterusan.

i-Guru berharap Belanjawan 2027 bukan sahaja menjadi belanjawan pembangunan fizikal dan bantuan pendidikan, tetapi turut menjadi belanjawan yang memartabatkan profesion keguruan, memelihara kesejahteraan murid dan memperkukuh pembinaan karakter generasi masa hadapan.Pendidikan berkualiti bukan sekadar soal besarnya peruntukan, tetapi sejauh mana setiap ringgit memberi makna kepada guru, murid dan masa depan negara.

Encik Mohd Azizee bin Hasan
Presiden
Ikatan Guru Muslim Malaysia (i-Guru)
10 Oktober 2026
๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ | ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š.

๐™ˆ๐™„๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ ๐™Ž๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™, ๐™‚๐™๐™๐™ ๐™ƒ๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™, ๐™†๐™€๐™๐™…๐˜ผ ๐™…๐˜ผ๐˜ฟ๐™„ ๐™„๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™.

Kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan dan kecemerlangan pendidikan. Murid yang sejahtera emosinya mampu belajar dengan lebih baik, manakala guru yang bahagia mampu mendidik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Marilah kita bersama-sama membina persekitaran pendidikan yang positif, saling memahami, menghormati dan menyokong antara satu sama lain. Kerana pendidikan yang hebat bukan sekadar melahirkan insan yang cemerlang akademiknya, tetapi juga insan yang sihat mindanya, teguh emosinya dan sejahtera kehidupannya.

#iguruSabah
#pembelagurupembinagenerasi

Ustazah Salamah bt Khairi
Guru Sk Lapasan
Biro Pembangunan Pelajar,
i-Guru cawangan Sabah.
โค1