Ikatan Guru Muslim Malaysia | I-Guru
4.63K subscribers
1.14K photos
42 videos
18 files
815 links
Download Telegram
Selesai majlis sumbangan Pek Keperluan Asas Kasih Ramadan bersama rakan strategik YAYASAN IKHLAS Cawangan Perak dengan kerjasama PPD Kuala Kangsar & Pengurusan Masjid Ridzwaniah bertempat di Dewan Seminar Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar.

KEMPEN KASIH RAMADHAN IGURU 2026M/1447H 🇲🇾

Ayuh bersama bersedekah di bulan yang mulia ini.

Moga setiap sen yang kita belanjakan untuk keperluan anak-anak Asnaf dikira sebaik amalan disisiNya sebagai bekalan di akhirat nanti.

Firman Allah SWT:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku — ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Al-Munafiquun: 10)

InsyaAllah,Ikatan Guru Muslim Malaysia menyeru sumbangan infaq untuk Kempen Kasih Ramadan kepada penerima asnaf dan anak yatim di sekolah dan IPG/IPT terpilih dengan sasaran RM 10,000.

============================
Ayuh bersama gandakan pahala dengan menyumbang melalui:

🌴 Tabung Kempen Kasih Ramadan 1447H
IGuru - Yayasan Ikhlas
🔸Maybank :5628 3463 6228
🔸Nota Transaksi: KKR IGURU Pusat
🔸Hantarkan bukti transaksi ke: wasap.my/60136467969/kkrigurupusat

Anda juga boleh terus menyumbang atas talian melalui pautan berikut:
👉 yikhlas.fund/ig1

*Setiap sumbangan LAYAK mendapat pengecualian cukai
1
Al-Fatihah dan Salam Takziah.

Dukacita dimaklumkan bahawa Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, tokoh pemikir peradaban Islam, telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mac 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.
Keputusan Peperiksaan SPM 2025
Tarikh : 31 Mac 2026
Hari : Selasa
Jom Infaq 10 Ramadan Terakhir bersama i-GURU

Sumbangan akan diberikan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan di sekolah terpilih seluruh negara.

Hanya dengan serendah RM10, akan dilipat gandakan pahala oleh Allah di bulan Ramadan ini. Ayuh bersama kami ringankan beban mereka yang sangat memerlukan di bulan yang penuh barakah ini.

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

====================
Ayuh bersama gandakan pahala dengan menyumbang melalui:

🌴 Tabung Kempen Kasih Ramadan 1447H
IGuru - Yayasan Ikhlas
🔸Maybank :5628 3463 6228
🔸Nota Transaksi: KKR IGURU Pusat
🔸Hantarkan bukti transaksi ke: wasap.my/60136467969/kkrigurupusat

Anda juga boleh terus menyumbang atas talian melalui pautan berikut:
👉 yikhlas.fund/ig1

*Setiap sumbangan LAYAK mendapat pengecualian cukai
SALAM JUMAAT,

SIFAT DERMAWAN RASULULLAH SWT KETIKA RAMADAN

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hanya dengan serendah RM10, akan dilipat gandakan pahala oleh Allah di bulan Ramadan ini. Ayuh bersama kami ringankan beban mereka yang sangat memerlukan di bulan yang penuh barakah ini.

Rezeki tidak akan berkurang dengan memberi, ia akan bertambah dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Ayuh bersama gandakan pahala dengan menyumbang melalui:

🌴 Tabung Kempen Kasih Ramadan 1447H
IGuru - Yayasan Ikhlas
🔸Maybank :5628 3463 6228
🔸Nota Transaksi: KKR IGURU Pusat
🔸Hantarkan bukti transaksi ke: wasap.my/60136467969/kkrigurupusat

Anda juga boleh terus menyumbang atas talian melalui pautan berikut:
👉 yikhlas.fund/ig1

*Setiap sumbangan LAYAK mendapat pengecualian cukai
12 Mac 2026 , Penyerahan sumbangan Kasih Ramadan di IPG, Kampus Gaya.

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril.Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.”(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hanya dengan serendah RM10, akan dilipat gandakan pahala oleh Allah di bulan Ramadan ini. Ayuh bersama kami ringankan beban mereka yang sangat memerlukan di bulan yang penuh barakah ini.

Rezeki tidak akan berkurang dengan memberi, ia akan bertambah dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Ayuh bersama gandakan pahala dengan menyumbang melalui:

🌴 Tabung Kempen Kasih Ramadan 1447H
IGuru - Yayasan Ikhlas
🔸Maybank :5628 3463 6228
🔸Nota Transaksi: KKR IGURU Pusat
🔸Hantarkan bukti transaksi ke:
wasap.my/60136467969/kkrigurupusat

Anda juga boleh terus menyumbang atas talian melalui pautan berikut:
👉
yikhlas.fund/ig1

*Setiap sumbangan LAYAK mendapat pengecualian cukai
1
PERUTUSAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan Syawal, bulan kemenangan setelah menempuh ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sesungguhnya, Aidilfitri bukan sekadar suatu perayaan, tetapi merupakan manifestasi kejayaan dalam mendidik jiwa melalui tarbiyah Ramadan—membentuk insan yang lebih sabar, ikhlas dan bertakwa kepada Allah SWT. Ia juga menjadi ruang terbaik untuk memperkukuh silaturahim, menyuburkan nilai kasih sayang serta memupuk semangat saling memaafkan dalam kalangan masyarakat.

Ramadan adalah madrasah kehidupan, pusat latihan dan didikan untuk mempersiapkan kita menjadi manusia super hebat dalam pelbagai dimensi seterusnya menyumbang bakti untuk mengangkat nilai manusiawi (insani) berpaksikan takwa dan falsafah Qurani.

Dalam kegembiraan kita menyambut Syawal, marilah kita tidak melupakan saudara seislam kita di Palestin, di Syria serta di seluruh pelosok dunia yang sedang diuji dengan pelbagai cabaran dan penderitaan. Semoga kita terus menzahirkan rasa keprihatinan melalui doa, sokongan dan usaha yang sewajarnya sebagai tanda solidariti sesama ummah.

Jadikan Syawal ruang muhasabah dan peningkatan diri serta lonjakan bekerja dengan penuh berdisiplin, amanah, berintergriti serta ikhlas ke arah merealisasikan usaha membina karektor murid yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan.

Kepada para guru yang pulang ke kampung halaman, berhati- hati di jalan raya dan utamakan keselamatan sepanjang perjalanan.

Akhir kata, saya mewakili Ikatan Guru Muslim Malaysia(i-Guru) dengan penuh keikhlasan mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin.

كل  عام وأنتم بألف خير
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGURU
Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac

#InfografikBernama
#BernamaNews #SPM
Kementerian Pendidikan Malaysia
👍3
Semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal 1.

Institusi pendidikan KPM diminta untuk memastikan langkah-langkah berikut terlaksana:

i. Menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah celsius;

ii. memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;

ii. memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri:

iv. menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;

v. membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan

vi. sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

Semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.

KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.
Setinggi- tinggi tahniah kepada yang berjaya, teruskan berjuang dan kekaljan kecemerlangan di menara gading. Tiada istilah gagal, yang adalah bersyukur atas segala usaha yang telah diberikan. Teruskan berjuang.