i-GURU CAWANGAN PULAU PINANG HULURKAN SUMBANGAN KEPADA WARGA GURU SRI AL- HASANAH DAN SEKITAR PARIT BUNTAR
18 Mei : i-GURU CAWANGAN PULAU PINANG HULURKAN SUMBANGAN KEPADA WARGA GURU SRI AL- HASANAH DAN SEKITAR PARIT BUNTAR
Menyedari nasib dan kesukaran yang dihadapi oleh warga pendidik akibat pandemik Covid 19, maka i-Guru Cawangan Pulau Pinang telah menyampaikan sumbangan Bakul Kasih Ramadan bagi meringankan beban kesusahan yang mereka hadapi.
Seramai 10 orang pendidik dan staf sokongan daripada warga sekolah tersebut telah hadir untuk menerima bantuan tersebut. Mudir SRI Al- Hasanah, Ustaz Shafii Ismail mengucapkan terima kasih kepada iGuru Cawangan Pulau Pinang kerana menjalankan inisiatif ini bagi membantu warga guru dari sekolah swasta islam yang terjejas kewangan mereka.
Pihak iGuru juga turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada para pendidik dari SABK , SAR dan KAFA di sekitar kawasan Parit Buntar, Nibong Tebal, Kulim,Titi Serong, Kuala Kurau dan Bagan Tiang.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh pimpinan iGuru Cawangan iaitu Ust Mohd Fadzlan bin Shahidi yang juga merupakan Pengetua SMA Shamsul Maarif Wataniah dan Ustazah Norakhilah bt Hj Baharin seorang guru di SMK Alang Iskandar Bagan Serai.
Sumbangan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 30 orang warga pendidik dan keluarga mereka daripada sekolah- sekolah terpilih.




