AktivitiMuridUncategorized

Misi Bantuan Banjir i-Guru di SK Kuala Jengal Dungun

Misi Bantuan Banjir i-Guru di SK Kuala Jengal Dungun
Sumbangan bantuan persekolahan i-Guru berupa beg sekolah dan alatan tulis kepada ibubapa murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal Dungun Terengganu. Sumbangan diwakilkan kepada Guru Besar iaitu Cikgu Razahawari bin Che Wan.
SK Kuala Jengal telah mengalami banjir dan ramai ibubapa sekitar terkesan akibat banjir tersebut yang rata-rata dari kelompok B40. Sumbangan ini adalah inisiatif i-Guru dengan kerjasama Yayasan Maghfirah untuk membantu murud-murid yang terjejas akibat banjir.
Pihak i-Guru mengucapkan setinggi penghargaan kepada para dermawan dan juga pengurusan sekolah dalam menjayakan usaha kerdil ini. Semoga sumbangan ini meringankan beban ibubapa menghadapi sesi persekolahan secara Pdpr.
Back to top button