Aktiviti

Aktiviti iGURU Sepanjang Musim Cuti Sekolah 2019

Selaras dengan moto i-GURU iaitu Membangun Generasi Membela Pendidik, aktiviti untuk murid-murid juga tidak ketinggalan. Ahli-ahli i-GURU di beberapa cawangan telah melaksanakan aktiviti untuk menyediakan murid sebagai bakal pemimpimpin ummah pada masa hadapan.

1. Ekspedisi Gunung Angsi diketuai oleh Us Azzahar bin Abd Aziz, YDP i-GURU Negeri Sembilan. Merupakan aktiviti pertama anjuran ahli i-GURU.

Tarikh: 4 Disember 2019 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Gunung Angsi, Bukit Putus, Kuala Pilah
Penyertaan: 1 guru 5 pelajar

Ekspedisi yang memakan masa hampir 6 jam ini mengajar mereka erti kesabaran, setia kawan dan pengorbanan. Tidak ketinggalan keinsafan keperluan persiapan fizikal, emosi dan kebergantungan kepada Allah.

Tahniah buat semua.

#MembangunGenerasiMembelaPendidik

Back to top button