Bicara Isu Pendidikan 1
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia ( iGuru) telah mengadakan Program Bicara Isu Pendidikan Siri 1 untuk pimpinan pusat dan YDP Cawangan iGuru . Program yang berkonsepkan dialog dua hala ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan info berkaitan isu-isu pendidikan semasa.
Program siri 1 ini menjemput tokoh aktivis pendidikan negara iaitu Dato’ Hj Mohammad Sabri b Arshad selaku Naib Presiden Persatuan Pesara Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPM) dan bekas Presiden KGMMB.
Antara isu – isu yang dibincangkan ialah isu kenaikan pangkat, isu kasut hitam, isu cuti guru di pedalaman, isu buku teks Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, isu pengajaran Pendidikan Islam dan isu kebajikan warga guru.
Turut serta menyertai sesi ini En. Azmi dari AZ Teguh Consultancy bagi membentangkan Skim Takaful Kifayah Muallim untuk kebajikan ahli iGuru.
Semua pimpinan iGuru diberikan pendedahan tentang perjuangan KGMMB untuk memartabatkan pendidikan di dalam negara.