iGuru Tawan Kinabalu
iGuru Tawan Kinabalu
22 Julai 2019 delegasi Ikatan Guru -Guru Muslim Malaysia ( iGuru) telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu. Program yang bermula pada 21 Julai 2019 disertai Presiden iGuru Ustaz Mohd Azizee b Hasan dan Pengarah Projek Cikgu Afnan b. Tumiran. Trip ini disertai 6 orang tenaga pendidik dari Negeri Sembilan.
Objektif iGuru Tawan Kinabalu bertujuan untuk membudayakan cara hidup sihat disamping prihatin terhadap isu- isu pemuliharaan alam sekitar.
Menurut Cikgu Afnan b Tumiran katanya, ” ini merupakan program julung-julung kali dianjurkam oleh iGuru dan kita berjaya sampai ke puncak tertinggi seramai lima orang dari enam orang, kita berharap program ini memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan diri”.
Program ini turut disertai oleh peserta paling berusia iaitu En. Qhamaruzzaman yang berumur 56 tahun, Ustaz Mohd Najmi, Ustaz Mohd Farizan dan Cikgu Shamsuri selain dari ahli iGuru.