Aktiviti
KEM PEWARIS BANGSA 2019
Alhamdulillah..
Kem Pewaris Bangsa 2019 telah melabuhkan tirainya. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan fasilitator dan guru-guru pengiring serta para peserta.
Tidak lupa, buat Pengarah program Cikgu Afnan Tumiran dan Urus setia yang bertungkus-lumus dari awal lagi bagi memastikan kem ini berjalan dengan lancar.
Kepada para peserta, semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing bersama tekad dan azam untuk meneruskan perjuangan yang diwarisi.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shah Ujang selalu AJK Pusat iGuru.
Insya-Allah, pada tahun hadapan pihak iGuru akan mengadakan kem seumpama ini lagi.