Aktiviti

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN I-GURU KALI KE-2

Nilai, 17 September – Ikatan Guru-Guru Malaysia (I-Guru) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 pada 15 September 2018 di Universiti Sains Islam Malaysia.

Struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Pusat I-Guru yang terdahulu telah dibubarkan dan digantikan dengan struktur organisasi yang baharu bagi tahun 2018/2019.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdul Rahman Mat Dali dijemput bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 ini.

Dalam ucapan dasar Presiden I-Guru, Ustaz Azizee Hasan berkata, “I-Guru perlu lebih bertindak berani dan terkehadapan untuk mengetengahkan isu-isu pendidikan di Negara kita”.

Semoga I-Guru sentiasa berada di barisan hadapan membawa agenda Pendidikan Ummah selari dengan ucapan daripada Ustaz Azizee Hasan, Presiden I-Guru.

 

Back to top button