Aktiviti

penyampaian sumbangan rakyat Malaysia untuk projek waqaf generator di kemboja

27 OKTOBER 2019

Presiden iGuru Ustaz Mohd Azizee bin Hasan telah menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk projek waqaf generator untuk kegunaan masjid- masjid sekitar Kg Semjumran kepada Ustaz Mohamed Soleh Mudir Sekolah Islam Semjumran merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Rahmah Kemboja.

Dalam masa yang sama Presiden iGuru juga mengadakan lawatan ke Ar-Rahmah International Foundation di E.T.C International School untuk menimba pengalaman dan bertukar- tukar pandangan tentang pembangunan projek pendidikan Ar- Rahmah di Kemboja. Pengarah Pendidikan Ar- Rahmah Mr. Mohammed Sultan telah meluangkan masa untuk berbincang dan bertukar- tukar fikiran di samping melihat kurikulum pendidikan yang dijalankan di E.T.C International School.

Back to top button