Penyerahan bantuan persekolahan di Kemboja
Alhamdulillah Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia ( iGuru) telah selesai menyampaikan bantuan persekolahan berupa beg sekolah dan waqaf Iqra’ kepada murid- murid Sekolah Intergrasi Islam Semjumran Tbong Khmum Kemboja.Sekolah ini diasaskan oleh Ustaz Soleh yang juga merupakan Mudir sekolah ini merangkap Naib Pengerusi Yayasan ar-Rahmah Kemboja.
Seramai 135 orang murid-murid telah menerima sumbangan beg dari Presiden iGuru Ustaz Mohd Azizee b. Hasan.Presiden iGuru juga telah mengadakan lawatan waqaf perigi kepada penduduk Islam di kampung- kampung sekitar wilayah Tbong Khmum seperti Kg Lebaek 1, Kg Lebaek 2 dan Kg Cheteang.
Di samping itu Ustaz Mohd Azizee b Hasan telah melawat Madrasah Tahfiz an -Nur yang menjalankan program tahfiz kepada murid-murid di peringkat rendah dan Sekolah Intergrasi Islam Musa-Asiah di Tbong Khmum.
Misi ini diharap dapat membantu murid-murid Islam Kemboja di awal persekolahan selain membangunkan prasarana masyarakat Islam Kemboja.