Aktiviti

pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

12 Mei 2020.
19 Ramadhan 1441

Presiden iGuru Ustaz Mohd Azizee Hasan dan timbalannya Ust.Agus Lokman b. Sulam bersama-sama dengan Sekretariat Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Tuan Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary.

Pertemuan ini membincangkan dan memaklumkan suasana semasa di sekolah-sekolah swasta Islam dan SAR yang terkesan dengan pandemik COVID19 ini dan cadangan kepada YBTM untuk menangani masalah- masalah tersebut.

Hasil perbincangan ini akan diangkat kepada pihak JAKIM dalam membantu menangani kesan kepada warga pendidik dan sekolah dalam jangka masa pendek dan panjang demi kelestarian dan kelangsungan institusi sekolah islam swasta dan sekolah agama rakyat.

Back to top button