Aktiviti

Program Jejak Syawal iGuru Kepada Para Pelajar

i-Guru Hulur Sumbangan Sempena Ketibaan Syawal

5 Jun 2018 – Ikatan Guru -Guru Muslim Malaysia (i-Guru) telah mengadakan majlis pemberian sumbangan kepada para pelajar miskin di sekitar Seremban dan Rembau. Program Jejak Syawal ini bertujuan untuk menyantuni para pelajar yang miskin dan fakir.

Sebanyak 5 buah sekolah terpilih untuk disampaikan sumbangan iaitu SMAP Labu, SMK Tuanku Ampuan Najihah, SMA Dato Klana Petra, SMA Hj Muhammad Yatim dan SMA Rembau.

Seramai 35 orang pelajar menerima sumbangan tersebut yang turut dihadiri oleh guru- guru sekolah. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden i-Guru Ustaz Mohd Azizee bin Hasan dan YDP i-Guru Negeri Sembilan Ustaz Azzahar bin Aziz. Sumbangan diberikan dalam bentuk wang tunai dan juadah kuih raya.

Presiden i-Guru Ustaz Mohd Azizee Hasan di dalam ucapannya berharap program seperti ini menjadi peluang masyarakat dan warga pendidik menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang memerlukan bantuan sekaligus menceriakan mereka di pagi Syawal nanti.

Majlis sumbangan ini diakhiri dengan sesi berbuka puasa yang turut disertai para guru dan pelajar.

Back to top button