Aktiviti
ZIARAH TIMBALAN PRESIDEN & PERTEMUAN DENGAN AHLI IGURU PERAK
Isnin 02 September 2019
Presiden iGuru Ustaz Mohd Azizee Hasan menziarahi Ustaz Agus Lokman Timbalan Presiden iGuru yang terlantar sakit di Hospital KPJ Ipoh. Beliau mendoakan agar bersabar di atas segala ujian dan segera diberi kesembuhan.
Seusai ziarah Presiden mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli iGuru Perak bagi menyampaikan taklimat dan isu-isu terkini pendidikan. Pertemuan mahabbah ini diharap melonjakkan perjuangan iGuru Perak menjadi ngo pendidikan penting dalam membawa suara pendidik dan pembangun generasi.