
I-Guru Sambut Baik Kenyataan SPP Baik Pelanjutan Tempoh Sah Laku Calon Simpanan Graduan Universiti Awam
1. I-Guru menyambut baik kenyataan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) berhubung hebahan pelanjutan tempoh sah laku calon simpanan graduan universiti awam tahun 2019 bagi pelantikan ke jawatan PPP Gred 41 hingga 31 Mac 2021 seperti yang diumumkan di website SPP.
2. I-Guru berharap hebahan ini dapat melegakan kebimbangan nasib 153 orang calon simpanan graduan yang masih belum dilantik. Pada masa yang sama pihak i-Guru menuntut proses penempatan mereka disegerakan seawal yang mungkin supaya dapat menyelesaikan isu kekurangan guru di beberapa buah sekolah yang berlaku saban tahun. Ia bagi memastikan tidak ada mana-mana calon-calon yang tercicir dan mendapat lantikan perjawatan dan penempatan.
3. I-Guru akan terus membela dan memperjuangkan isu nasib graduan pendidikan demi mengangkat martabat profesion perguruan sesuai dengan moto i-Guru “Bela Guru Bina Generasi”.
Mohd Azizee bin Hasan
Presiden i-Guru