Kenyataan Media

Kenyataan Media Berkaitan Syarat Lulus Bahasa Melayu SPM Untuk Perlantikan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41

Oleh: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia

4 Julai 2017 : Kenyataan Media Berkaitan Syarat Lulus Bahasa Melayu SPM Untuk Perlantikan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41

Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru) membantah langkah Jabatan Perkhidmatan Awam melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41.

Keputusan ini bertentangan dengan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai salah satu wahana asas dan penting untuk membentuk perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.
I-Guru juga berpendapat langkah ini telah menjatuhkan nilai matapelajaran Bahasa Melayu sebagai subjek teras yang perlu dikuasai oleh semua warganegara Malaysia malah tidak mustahil subjek Bahasa Melayu ini akan terus dipandang sepi pada masa hadapan.

I-Guru menggesa kerajaan terutama JPA agar menilai semula keputusan ini serta tetap bertegas dengan dasar pendidikan ini. Kerajaan juga seharusnya tidak berkrompomi dengan desakan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin melemahkan identiti bangsa dan negara. Kegagalan mempertahankan dasar penting ini akan turut membuka peluang yang lebih luas untuk tuntutan-tuntutan negatif lain seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Back to top button