Kenyataan Media
Kenyataan i-GURU Terhadap Isu Cikgu Suti Kamila
KOMEN & KENYATAAN TENTANG ISU CIKGU SUTI KAMILA DI MIRI :
- Masyarakat perlu menghormati profesion keguruan sebagai profesion yang mulia, dan penuh dengan tanggungjawab.
- Cikgu Suti hanya menjalankan tanggungjawab dan tugasnya sebagai seorang guru agama apabila diminta untuk menjelaskan intipati agama Islam oleh pelajarnya, tidak kurang dan tidak lebih. Begitu juga apabila guru yang lain dalam bIdangnya masing-masing. Hak guru untuk mengajar perlu terus disokong dan dipertahankan.
- Rakyat Sarawak perlu mengutamakan rasional dan tidak mudah terdorong dengan faktor emosional utk bertindak, kerana akibat tindakan tergesa-gesa adalah amat buruk dan mudah menimbulkan kacau bilau dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama seperti di Malaysia.
- Media sosial dan portal berita maya diingatkan agar tidak menjadi pengadu domba atau batu api yg boleh merosakkan nama baik profesion keguruan khususnya dan seterusnya menimbulkan kekacauan dalam negara.
- i-GURU turut menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan keras ke atas pihak yg menyebarkan berita palsu.
- i-GURU turut menyarankan agar kementerian dan jabatan pendidikan memberikan perhatian yang lebih besar terhadap kebajikan para guru di Sabah dan Sarawak yang telah berkorban meninggalkan negeri semenanjung semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab mendidik generasi muda negara.