Isu PendidikanKenyataan Media

iGuru Sambut Baik Peruntukan Bajet 2019 Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) Dan Sekolah Agama Persendirian (SAP)

KENYATAAN MEDIA IGURU
24November 2018 / 16Rabiulawal 1440H

1. iGuru nenyambut baik kenyataan YB Menteri Pendidikan Dr.Mazlee Malik di atas pengumuman beliau untuk memberi peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian (SAP).

2. iGuru merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kepedulian pihak KPM untuk membantu sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian yang merupakan salah satu institusi pendidikan swasta penting dan berperanan dalam pembangunan pendidikan negara.

3.iGuru berharap usaha ini dianggap sebagai langkah positif dalam perkembangan politik dan kematangan pemikiran di negara terhadap pendidikan yang inklusif sekaligus membantu perkembangan pendidikan unggul di dalam negara.

4. Ini kerana SAR dan SAP
telah mewarnai sistem pendidikan negara ini sejak sebelum merdeka lagi dan telah terbukti dalam menyumbang dan berbakti kepada pembangunan negara dan bangsa juga melahirkan tokoh- tokoh pejuang bangsa dan agama.

5. iGuru yakin dengan bantuan peruntukan ini dapat membantu meningkatkan prasarana fizikal sekolah dan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta profesionalisme guru- guru sekaligus melonjokkan kecemerlangan SAR dan SAP sebagai institusi pendidikan.

6. iGuru yakin dan percaya dengan peruntukan ini akan dapat mengarus perdanakan Pendidikan Islam sebagai wadah pembangunan ummah dan negara.

Mohd Azizee b. Hasan
Presiden iGuru

Back to top button