Insentif Khas untuk guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat M.A dan Phd.
Insentif Khas untuk guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat M.A dan Phd.
1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia menyambut baik pengumuman YB Dr Maszlee b Malik untuk memberikan insentif khas bagi guru yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana ( MA) dan Doktor Falsafah ( Phd)
2. iGuru mencadangkan insentif yang diberikan ini tidak terhad kepada guru yang akan melanjutkan pengajian di peringkat MA atau Phd tetapi juga diberikan kepada semua guru yang memiliki MA dan Phd semasa dalam perkhidmatan.
3. Langkah ini diharap akan dapat merangsang para guru untuk meningkatkan kompetensi diri mereka dan profesionalisme keguruan mereka dari sudut ilmu dan kemahiran.
4. iGuru juga berharap aspek pengalaman dan perkhidmatan mereka di ambil kira juga untuk memastikan insentif ini benar-benar memberikan manfaat kepada warga guru.
5. iGuru mencadangkan insentif ini diberikan dalam bentuk perubahan skim gaji baharu yang lebih baik bagi yang sudah memiliki MA atau Phd yang akan memulakan perkhidmatan sebagai guru dari pekeliling tahun 2013 dengan kenaikan tangga gaji yang tinggi.
6. iGuru mencadangkan pihak JPA mempertimbangkan tempoh perkhidmatan bagi guru yang memulakan tugas sebagai guru dan sudah memiliki MA dan Phd dipendekkan kepada 5-6 tahun ke Gred DG 44 sebagai hadiah untuk mereka. Ini mengambil kira pengorbanan mereka menekuni ilmu diperingkat ijazah lanjutan dan kepakaran dalam bidang pendidikan.
7. Manakala yang telah memiliki MA dan Phd semasa dalam perkhidmatan diberikan kenaikan 2 kali Hadiah Kenaikan Gaji ( HKG) secara tahunan mengikut tahap ijazah lanjutan mereka samada MA atau Phd.
7. iGuru berharap pihak KPM dapat mempertimbangkannya dan hadiah ini diharap dapat mengangkat martabat profesion perguruan.
Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru.