Isu Pendidikan

Tangguh Sesi Persekolahan, Utamakan Keselamatan Murid

Kenyataan Media
Sabtu 16 Januari 2021

Tangguh Sesi Persekolahan, Utamakan Keselamatan Murid

1. iGuru mengambil maklum peningkatan kes sehingga melepasi angka 4,000 lebih. Keadaan ini membimbangkan semua pihak khususnya ibubapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.

2. Begitu juga warga pendidik yang juga terdedah kepada jangkitan covid 19 jika tidak dikawal dengan ketat jika sesi persekolahan dibuka untuk sekolah rendah dan menengah.

3. Justeru pihak Ikatan Guru- Guru Muslim menggesa sesi persekolahan secara bersemuka ditangguhkan sehingga ke tarikh yang sesuai dan hanya membenarkan murid-murid SPM sahaja melalui sesi persekolahan secara bersemuka sehingga tamat peperiksaan.

4. Manakala pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM di kawasan kritikal perlu dipertimbangkan untuk diberi penempatan khas bagi menghadapi SPM dengan pematuhan SOP yang ketat terutama untuk mengelak jangkitan dan menjaga keselamatan pelajar. Pembelajaran PDPR boleh dipertimbangkan jika keadaan semasa membimbangkan di kawasan zon merah.

5. Keutamaan sekarang ialah menjaga keselamatan dan kesihatan murid. Pihak KPM perlu sediakan pelan keluar jika kes semakin meningkat dan membimbangkan.

6. Kerjasama semua pihak, ibubapa, murid dan warga pendidik amat penting demi melandaikan lengkuk jangkitan covid 19.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru.

Baca lanjut:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembukaan-sekolah-20-januari-ditangguh-hanya-calon-peperiksaan-dibenar-hadir-kpm-278142

Back to top button