Isu Pendidikan

Kenyataan Siti Kassim Biadap Dan Melampau Serta Gugat Ketenteraman Awam

Kenyataan Media iGuru
Tarikh :28 Mei 2020

KENYATAAN SITI KASSIM BIADAP DAN MELAMPAU SERTA GUGAT KETENTERAMAN AWAM

  1. Ikatan Guru-Guru Muslim menggesa pihak berkuasa menyiasat kenyataan tulisan peguam Siti Kassim yang menulis dalam facebooknya agar diharamkan sekolah tahfiz sebelum mengharamkan arak.
  2. iGuru menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas di atas kenyataan beliau yang terang-terang menghina institusi agama dan menghasut masyarakat awam agar memandang negatif terhadap institusi agama. Ia adalah pemikiran yang bahaya dan menggugat ketenteraman masyarakat.
  3. iGuru berpandangan kenyataan beliau amat biadap dan melampau dan bersifat penghinaan ke atas agama islam dan institusinya secara terang-terangan.
  4. Tindakan beliau meminta pengharaman sekolah tahfiz dahulu sebelum pengharaman arak adalah tidak munasabah dan diterima akal kerana konteks perbahasan yang berbeza.
  5. Islam jelas mengharamkan arak dan memberi kelonggaran kepada penganut bukan islam meminumnya. Namun apabila melibatkan kepentingan awam dan mudaratnya dari sudut kesihatan,ekonomi dan sosial maka perlu penguatkuasaan yang tegas dari pihak berkuasa.
  6. Kenyatan Siti kassim amat keterlaluan dan menyerlahkan sifat anti agamanya apabila mengaitkan arak dengan sekolah tahfiz. Antara petikan katanya :
    “Kamu mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,”
  7. Jelas peguam Siti Kassim membenci institusi sekolah agama sehingga menyamakan mudarat arak dengan kelemahan pengurusan sekolah tahfiz.
  8. iGuru ingin menegaskan bahwa pemikiran sekular liberalis Siti Kassim amat bahaya dan merosakkan generasi pelajar. Ia adalah pemikiran ekstrim yang penuh dengan sentimen kebencian,penghinaan dan prejudis terhadap agama dan instutisi pendidikan islam.
  9. iGuru tegas menolak pemikiran yang menggugat keharmonian masyarakat awam dan tetap mempertahankan kedudukan sekolah-sekolah tahfiz samada kerajaan atau swasta sebagai salah satu institusi pendidikan yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGURU

Back to top button