Isu Pendidikan

Guru Besar /Pengetua Di Saran Guna Budi Bicara Dan Tidak Menekan Guru Segera Kembali Ke Sekolah

GURU BESAR /PENGETUA DI SARAN GUNA BUDI BICARA DAN TIDAK MENEKAN GURU SEGERA KEMBALI KE SEKOLAH

  1. Pihak iGuru menerima aduan dari kalangan guru-guru berkaitan arahan Guru Besar atau Pengetua yang mengarahkan mereka segera kembali bertugas ke sekolah masing-masing .
  2. Namun arahan ini boleh memberikan tekanan jika tidak diuruskan dengan sebaiknya terutama kepada warga guru yang bertugas di sekolah sedangkan ibubapa dan murid-murid di larang hadir ke sekolah sepanjang PKPB.
  3. Pihak pentadbiran sekolah boleh mengarahkan guru-guru yang berkenaan sahaja untuk menjalankan tugas sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM bertarikh 8 Mei 2020 berkaitan Arahan Pentadbiran Bil. 1/2020 tentang Garis Panduan Kehadiran Bertugas Di Pejabat Bagi Pegawai Dan Kakitangan KPM Dalam Norma Baharu Menghadapi Covid 19 .Ini kerana tempoh PKPB telah dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
  4. Langkah beberapa pihak pentadbir yang mengarahkan para guru segera pulang sedangkan mereka masih berada di kampung kerana tidak terlibat dengan pembukaan sesi persekolahan baharu khususnya untuk SPM dan STPM telah memberikan tekanan psikologi dan mental . Guru-guru tersebut masih meneruskan pembelajaran secara atas talian meskipun mereka berada di kampung masing-masing.
  5. iGuru menyarankan pihak pentadbir menggunakan pendekatan berhemah dan budi bicara dalam memberikan arahan tersebut serta mengambil kira sambutan Hari Raya Eidulfitri yang bakal menjelang tiba terutama kepada guru yang masih berada di kampung dan di luar tempat bertugas.
  6. iGuru menggesa semua pihak patuh kerana arahan KKM dan MKM serta pekeliling dari Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan arahan tugas..
    .
    Mohd Azizee Hasan
    Presiden i-Guru
Back to top button