Isu Pendidikan
Utamakan Aspek Keselamatan Guru Dalam Menjalankan Tugas
Kenyataan Media iGuru
Tarikh : 25 Januari 2021
1. Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia ( iGuru) mengambil maklum kes 11 orang guru daerah Kuala Terengganu yang disahkan positif Covid 19 akibat menghadiri bengkel Pdpr secara bersemuka.
2. i-Guru menggesa pihak KPM mengutamakan aspek keselamatan guru kerana mereka adalah frontliner utama pendidikan.
3. i-Guru berharap kejadian seumpama itu tidak berulang dan tindakan mengadakan bengkel ketika kes jangkitan semakin meningkat tidak wajar dilaksanakan.
4. i-Guru menyarankan pihak KPM mengetatkan aspek keselamatan para guru ketika menjalankan tugas mereka seperti pemakaian pelitup muka,peralatan pelindung diri (PPE) dan pematuhahan kepada SOP yang ditetapkan.
5. i-Guru bimbang jika ada mana-mana guru yang mengajar pelajar SPM dan disahkan positif covid 19, ia akan mengundang masalah kepada pelajar- pelajar dari aspek persediaan menghadapi SPM. Justeru langkah penguatkuasaan yang tegas perlu untuk menjamin keselamatan dan kesihatan warga guru dan para pelajar.
Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru