Cadangan MBM memperkenalkan subjek kenali agama di peringkat sekolah dan IPT.
Cadangan MBM memperkenalkan subjek kenali agama di peringkat sekolah dan IPT.
1. iGuru berpandangan belum tiba masanya yang sesuai untuk memperkenalkan subjek mengenali agama lain diperingkat sekolah dan IPT . Tiada keperluan mendesak pun untuk tujuan tersebut.
2. Ini kerana iGuru melihat sistem pendidikan kita masih mengekalkan sekolah vernakular yang menjurus kepada satu kaum. Ini adalah antara punca membawa ketengangan kaum dan prejudis tinggi terhadap isu berlainan agama.
3. Perkara yang paling penting bahawa di dalam kurikulum pendidikan kita sudah ada subjek sivik dan kewarganegaraan yang boleh kita masukkan elemen mengenali dan menghormati agama orang lain yang bukan bersifat doktrinisasi dan penyebaran agama. Ini bertepatan dengan apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara yang melarang penyebaran agama kepada penganut Islam.
4. iGuru juga berpandangan subjek pendidikan islam boleh menerapkan intipati fiqh taayyush iaitu fiqh bergaul dan berinteraksi dengan komuniti bukan Islam menurut al-Quran dan as-Sunnah terutama diperingkat menengah atas.
5. Usaha memupuk keharmonian kaum boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti kokurikulum bersama merentas budaya dan bangsa antara sekolah kebangsaan dengan SJK(C) atau SJK(T).
6. Cadangan subjek ini kurang sesuai dilaksanakan untuk peringkat sekolah kerana murid-murid masih belum memiliki kematangan berfikir dan menilai. iGuru bimbang ia boleh membawa kepada fahaman pluralisme dan kesamarataan agama.
Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru