iGuru desak KPM tangani penempatan graduan pendidikan universiti awam
Seremban 12 Ogos 2018 : Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia mendesak pihak KPM segera menangani dan menyelesaikan penempatan graduan pendidikan lepasan universiti awam.
Menurut En Mohd Azizee Hasan Presiden iGuru , terdapat lebih 6 500 graduan universiti awam yang belum ditempatkan di sekolah- sekolah di seluruh Malaysia. Manakala 3,392 graduan pendidikan yang dipanggil temuduga pada bulan April yang lalu belum mendapat jawapan penempatan mereka.
Menurut En. Mohd Azizee Hasan keadaan ini amat membimbangkan masa depan kerjaya mereka dan pihak KPM perlu mencari jalan untuk mengatasi hal ini.
Katanya lagi : ” seeloknya pihak KPM menempatkan graduan ini sebagai guru interim terutama di Sarawak dan Sabah atau menyerapkan mereka sebagai pembantu guru di sekolah dalam tempoh tertentu sebelum dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan.
iGuru juga mencadangkan mana-mana graduan pendidikan awal kanak-kanak boleh dilantik menjadi guru di taska di agensi kerajaan sebagaimana yang diwarwarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di tadika-tadika Kemas dengan bayaran gaji minima.
Cadangan iGuru ini hasil dari pertemuan iGuru dengan ketua Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam Sdr Mohd Azrinsyah bin Abd Aziz dan beberapa wakil di pejabat Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia.