iGuru sambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri untuk melanjutkan sesi cuti persekolahan.
Kenyataan Media iGuru
11 April 2020
iGuru sambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri untuk melanjutkan sesi cuti persekolahan.
1. iGuru mengucapkan terima kasih di atas pengumuman YAB Perdana Menteri untuk melanjutkan sesi cuti persekolahan sehingga keadaan benar- benar pulih. Pengumuman ini membuktikan pihak kerajaan terbuka untuk menerima pandangan akar umbi yang terdiri dari para guru, ibubapa, kesatuan-kesatuan dan ngo- ngo pendidikan.
2. iGuru berharap semua warga pendidik, ibubapa dan murid- murid menggunakan masa PKP ini untuk memaksimumkan penggunaan medium pembelajaran yang bersesuaian agar proses PdPc dapat diteruskan.
3. iGuru juga mengesyorkan agar para ibubapa berterusan memantau perkembangan aktiviti anak- anak di rumah agar tidak dibazirkan masa dan waktu mereka kepada perkara- perkara yang sia- sia. Kunci kejayaan kepada proses pembelajaran secara atas talian ialah pengurusan masa, komitmen yang tidak berbelah bagi, komunikasi dua hala antara ibubapa dan pihak guru serta disiplin belajar yang tinggi.
4. Harapan iGuru agar semua pihak, guru, ibubapa dan para pelajar mematuhi arahan KKM sepanjang perintah kawalan pergerakan supaya kita dapat kembali ke sekolah semula. Terus bersabar dan berdisiplin dalam setiap masa dan ketika.
Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru