iGuru Sambut Baik Peruntukan Bajet Pendidikan 2020
KENYATAAN MEDIA IGURU
11 Oktober 2020
iGURU SAMBUT BAIK PERUNTUKAN BAJET PENDIDIKAN 2020
1. iGuru nenyambut baik baik bajet pendidikan yang dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan di sidang parlimen Pembentangan Bajet 2020.
2. iGuru berharap bajet ini memberikan manfaat kepada kelompok sasar iaitu kaum melayu dan bumiputera melalui peruntukan bajet tertinggi yang berjumlah 60.2 billion. Ini melibatkan anak – anak melayu yang belajar di SK, Mrsm, SBP, SMK, SABK, SAR, Sek Tahfiz dan Sekolah Pondok.
3. iGuru merakamkan terima kasih di atas kepedulian pihak KPM untuk membantu sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian yang merupakan salah satu institusi pendidikan swasta penting dan berperanan dalam pembangunan pendidikan negara.
4. iGuru juga berharap peruntukan bajet ini dapat merapatkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar disamping usaha membantu anak- anak kelompok B40 melalui program nutrisi makanan, penyelenggaraan sekolah dan peruntukan pemberian biasiswa kepada anak- anak bumiputera.
5. iGuru yakin dengan bantuan peruntukan ini dapat membantu meningkatkan prasarana fizikal sekolah dan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta profesionalisme guru- guru sekaligus melonjokkan kecemerlangan sekolah sebagai institusi pendidikan.
7.iGuru yakin dan percaya usaha pembangunan modal insan sebanyak RM 210 juta dan RM 70 juta untuk sekolah kepimpinan dapat meningkatkan kualiti modal insan kita berdepan cabaran pasaran kerja dan revolusi industri 4.0.
8. Namun pada masa yang sama iGuru melihat bahawa kenaikan peruntukan bajet kepada SMJKC dan SMPC menunjukkan pengekalan sekolah -sekolah vernakular dan pengiktirafan kepada sijil UEC.
Mohd Azizee b. Hasan
Presiden iGuru