Isu Pendidikan

iGuru saran warga guru peduli nasib murid.

Kenyataan Media iGuru
Khamis : 02 April 2020

iGuru saran warga guru peduli nasib murid.

1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia mencadangkan agar para guru peduli akan nasib murid- murid dari keluarga B40 terutama mereka yang tinggal di luar bandar dan pendalaman termasuk juga dari ibubapa yang terjejas pendapatan mereka akibat Covid 19.

2. Meskipun pihak KPM telah menyarankan pelbagai cara untuk memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas semasa tempoh PKP, namun keadaan sosioekonomi ibubapa murid boleh menjadi faktor yang mengganggu proses pembelajaran mereka.

3. iGuru melihat ketika ini para guru boleh mengenalpasti murid- murid mereka yang terjejas dan berusaha memberikan bantuan samada dalam bentuk material dan psikologi.

4. Pihak sekolah bolehlah bekerjasama dengan PIBG melalui sarana ibubapa untuk menangani hal tersebut yang bukan terhad menyelesaikan isu PdPc semasa tempoh PKP tetapi juga soal kebajikan murid- murid dan kesusahan yang dialami oleh ibubapa mereka.

5. iGuru berharap sedikit perhatian dan kepedulian ini dapat meringankan beban mereka dan sebagai satu tanggungjawab sosial guru kepada masyarakat.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru

Back to top button