iGuru Sokong Beban Beg Sekolah dikurangkan dan Sukan Renang sebagai aktiviti kokurikulum
1. iGuru menyambut baik inisiatif KPM bagi tahun 2019 terutama berkaitan mengurangkan beban beg sekolah dan aktiviti renang bagi murid-murid sekolah.
2.iGuru menyokong hasrat dan inisiatif ini terutama bagi mengelakkan murid- murid membawa buku yang banyak ke sekolah.
3. Sekolah perlu menyediakan almari rak buku di setiap kelas untuk memudahkan murid- murid menyimpan buku dan membawa pulang buku latihan san buku teks untuk kerja rumah.
4. Pengurangan beban beg ini bukan bermakna subjek yang diajar itu dikurangkan waktu dan bilangannya tetapi menjadikan subjek itu setiap hari dalam lingkungan 3-4 subjek bagi setiap kelas dan mengambil kira keanjalan masa guru mengajar dan nisbah guru murid.
5. iGuru mencadangkan diwujudkan rak almari buku di setiap kelas untuk memudahkan penyimpanan buku.
6. Manakala cadangan aktiviti renang, iGuru amat-amat menyokong langkah tersebut memandangkan murid-murid terdedah kepada bahaya kes lemas ketika menjalankan aktiviti yang melibatkan air seperti di laut, sungai dan air terjun. Murid- murid juga akan terdedah kepada bahaya jika berlaku kejadian banjir dan sebagainya.
7. Aktiviti sukan renang amat baik untuk kesihatan jantung dan latihan pernafasan. Renang dapat membantu pengaliran darah dan meningkatkan oksigen ke otak seterusnya menggerakkan otot- otot badan.
8. iGuru berharap kelab- kelab renang ditubuhkan di sekolah-sekolah sebagai perintis kepada inisiatif tersebut di samping menjadikan renang sebagai sukan semua orang yang tidak hanya kepada golongan elit dan kaum tertentu.
9. Kerjasama erat bolah dilakukan antara pihak KPM dan KBS dalam menjadikan sukan renang sebagai sukan kebitaraan di SBP dan MRSM selain di sekolah-sekolah sukan.
Presiden iGuru
Mohd Azizee Hasan