Isu Pendidikan

iGuru Sokong Resolusi Pendidikan Kongres Maruah Melayu

iGuru Sokong Resolusi Pendidikan Kongres Maruah Melayu

1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) telah meneliti cadangan dan resolusi Kluster Pendidikan sempena Kongres Maruah Melayu yang telah berlangsung di Stadium Malawati semalam.

2. iGuru menyokong sepenuhnya usaha memperkasa Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah utama di dalam sistem pendidikan negara.

3. Dalam masa yang sama iGuru menyambut baik syor mewujudkan sekolah satu aliran dan pemansuhan sekolah- sekolah vernakular kerana ia gagal membentuk intergrasi nasional dan melebarkan jurang polarisasi kaum.

4. iGuru berpandangan kewujudan sekolah -sekolah vernakular menjadi penghalang kepada mewujudkan perpaduan kaum sebagaimana hasrat yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956.

5. iGuru juga menyokong usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran sebagai langkah mewujudkan sekolah satu aliran. Ini mesti dimulakan seawal lagi di peringkat sekolah rendah.

6. Antara langkah memperkasa sekolah kebangsaan ialah meningkatkan bajet pendidikan untuk tujuan penambahbaikan prasarana, akses internet berkualiti, latihan perguruan dan kurikulum pendidikan yang menenuhi keperluan menghadapi IR 4.0.

7. Aspek lain yang perlu diberi penekanan ialah keupayaan murid- murid menguasai pelbagai bahasa yang medium memupuk perpaduan serta sisten pembelajaran yang anjal berdasarkan kebolehan dan potensi murid- murid.

8. IGuru juga menyahut syor Kongres Maruah Melayu untuk menambah biasiswa penuh untuk pelajar-pelajar kategori B40. iGuru mencadangkan supaya GLC kerajaan mengutamakan pemberian biasiswa kepada anak- anak Melayu dan Bumiputera disamping biasiswa JPA, Mara, Petronas dan Bank Rakyat. Sewajar pihak kerajaan perlu mewujudkan tabung biasiswa anak-anak Bumiputera terutama membantu anak- anak B40.

9. iGuru berharap langkah memperkasa sekolah kebangsaan dan pemberian biasiswa kepada anak kelompok B40 adalah satu usaha mengangkat agenda Nasional Bangsa Melayu.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru

Back to top button