Iktibar Dari Kes Ini
Iktibar dari kes ini:
1. Semua pihak perlu patuh kepada manual prosedur kerja (SOP ) di dalam menjalankan tugas sebagai warden.
2. Pihak pentadbir perlu bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kebajikan murid- murid.
3. Buli adalah satu kesalahan berat dan satu jenayah yang wajib dibenteras terutama di sekolah- sekolah asrama.
4. Usaha mendidik pelajar dengan nilai- nilai islami penting terutama di dalam mengisi bekalan jiwa bagi menghadapi cabaran pembentukan generasi pelajar alaf baharu.
5. Semua pihak ibubapa, guru, masyarakat perlu mengambil peduli bahaya buli dan kesannya terhadap pemangsa.Langkah pencegahan hendaklah diutamakan sebelum ia merebak menjadi barah.
6. Sebagai warga negara kita semua terikat dengan akta dan perundangan. Kita perlu menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang- undang.
7. Di pihak KPM perlu mengkaji semula peranan guru warden dengan mewujudkan jawatan khas warden sepenuh masa bagi mengatasi beban tugas guru yang memikul peranan warden serta memastikan kebajikan warden terjamin.
Presiden iGuru
Mohd Azizee Hasan