Isu Pendidikan

Arahan Penutupan Pusat Tahfiz Satu Tindakan Keterlaluan dan Melampau

Kenyataan Media iGuru
Tarikh : 27 September 2018
Isu : Arahan Penutupan Pusat Tahfiz Satu Tindakan Keterlaluan dan Melampau

1. iGuru membantah arahan pihak DBKL untuk menutup pusat tahfiz dan ia adalah tindakan keterlaluan dan bersifat melampau. Tidak wajar menutup pusat tahfiz atas kesalahan individu yang sepatutnya di dakwa bukan menutup pusat tahfiz tersebut.

2. iGuru mendesak supaya satu siasatan segera dan tindakan drastik dilakukan terhadap pengetua sekolah tersebut supaya kes jenayah liwat dan seumpanya tidak berulang lagi dan tidak ada mana- mana pihak mengeksploitasi warga pelajar.

2. iGuru merasa kesal dengan kejadian tersebut dan para pelajar perlu dilindungi dan diberi keadilan kerana tindakan segelintir pihak pentadbir atau individu boleh menghakis kepercayaan masyarakat dan mengundang persepsi negatif.

4. iGuru menggesa pihak Menteri di Jabatan Perdana memantau kewujudan sekolah- sekolah tahfiz yang tidak berdaftar dan menetapkan garis panduan penubuhan sekolah – sekolah tahfiz agar semua sekolah dan pusat tahfiz dipantau dengan lebih dekat dan sistematik supaya tiada kejadian seumpana itu berulang.

4. iGuru memohon pihak DBKL dibawah YB Menteri Wilayah Persekutuan mengambil jalan harmoni dan rahmah dalam menangani isu sebegini dan bukan mengeruhkan lagi keadaan. Sepatutnya YB Menteri mengambil jalan perundingan dan diplomasi dengan pihak sekolah untuk mendaftar sebagai pusat tahfiz yang sah.

5. iGuru mengiktiraf peranan dan sumbangan sekolah tahfiz di dalam sistem pendidikan negara dan kes yang berlaku amat terpencil namun boleh mengundang persepsi negatif terhadap institusi tahfiz.

6. iGuru mencadangkan agar dasar tahfiz negara yang telah digubal dapat direncanakan dengan sebaiknya agar kualiti pengurusan, kualiti guru, prasarana sekolah, kurikulum dan kemenjadian pelajar tahfiz dapat membantu menyumbang kepada pembangunan negara sekaligus ia menjada wadah pilihan utama dan kepercayaan masyarakat.

7. Sudah tiba masanya institusi dan pusat tahfiz dipantau dan diselia untuk mengelak kejadian ini berulang terutama kes- kes jenayah dan gangguan seksual. Kes- kes ini bukan sahaja terjadi di pusat- pusat tahfiz tetapi lebih menjurus kepada sekolah – sekolah berasrama samada sekolah kerajaan, swasta dan persendirian.

8. Ibubapa perlu bersama membantu bagi menangani isu – isu sebegini dengan memberikan kesedaran kepada anak- anak dan bekerjasama dengan kaunselor atau pentadbir sekolah untuk mengelakkan ia terjadi.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru

Back to top button