Isu Pendidikan

Isu Cadangan Pemansuhan UPSR

Isu Cadangan Pemansuhan UPSR
Pandangan iGuru

1. IGuru kurang bersetuju pemansuhan sepenuhnya UPSR. iGuru melihat keperluan UPSR masih penting untuk menilai kemampuan dan kebolehan murid- murid untuk ditempatkan di sekolah-sekolah pilihan dengan ambil kira pengubahsuaian yang sesuai dengan naratif baharu pendidikan.

2. Dakwaan yang menyatakan peperiksaan ini memberikan tekanan dan stress sepatutnya pihak Nutp perlu membentangkan kajian secara akademik supaya cadangan pemansuhan ini memberi impak kepada murid- murid dan apakah solusi jika dimansuhkan UPSR.

3. iGuru bimbang jika ia dimansuhkan tanpa ada alternatif lain menyebabkan murid- murid menjadi semakin malas bahkan ia juga menjadikan guru- guru bersikap culas di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. iGuru melihat pentaksiran ini perlu untuk memastikan tidak ada murid- murid yang tercicir terutama dari sekolah -sekolah luar bandar bahkan ia menepati hasrat penyata Razak yang tujuannya untuk memenuhi keperluan negara masa akan datang.

5. iGuru menyakini sistem pendidikan di dunia hari ini masih melihat aspek ranking untuk menerima pembelajaran yang berkualiti, justeru pentaksiran UPSR masih releven cuma perlu di olah sesuai dengan naratif baharu pendidikan KPM.

Presiden iGuru
Mohd Azizee Hasan

Back to top button