Isu : iGuru Mohon Cadangan Jadual Pembayaran PTPTN dikaji semula
1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) peka dan peduli tentang isu pembayaran PTPTN berdasarkan skedul (jadual) pembayaran pinjaman yang telah dikeluarkan oleh pihak PTPTN. iGuru meminta pihak KPM mempertimbangkan semula cadangan tersebut dan mencari jalan terbaik dan harmonis berkaitan isu pembayaran pinjaman PTPTN.
2. iGuru sedar dan yakin bahawa ramai graduan kita berhadapan dengan isu peluang pekerjaan selepas pasca graduasi. Manakala yang sudah bekerja pula berdepan dengan kos kehidupan seperti tanggungan penyaraan anak, pinjaman kenderaan dan pengurusan kewangan.
3. iGuru bersetuju bahawa semua peminjam perlu membayar hutang walau apa cara sekalipun bagi membantu pelajar-pelajar lain yang memerlukan.
4. iGuru mencadangkan beberapa solusi bagi menangani isu tersebut seperti berikut :
a) Kekalkan kaedah pembayaran sistem Ujrah bagi yang berpendapatan gaji lebih RM2000.00 ke atas tanpa terikat pada gaji tertentu dengan persetujuan bersama dengan pihak PTPTN.
b) Memansuhkan atau menukar pinjaman kepada biasiswa bagi graduan yang mendapat 1st class tanpa mengira B40 atau M40.
c) Bagi graduan yang mula bekerja dan mendapat gaji bawah RM 2000 diberi pengecualian pembayaran pinjaman di dalam tempoh tertentu seperti 3-5 tahun sahaja. Selepas itu mereka tetap kena membayar pinjaman tersebut dengan kadar minima RM 50.00 bersesuaian dengan kemampuan dan kemajuan pendapatan dari setahun ke setahun.
d) Pihak PTPTN perlu mengejar 1.4 juta pemimjam yang tidak konsisten atau tidak mahu membayar langsung.
Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru