Isu : iGuru sangkal dakwaan ibubapa berkaitan amalan Ritual Agama di Sekolah Berasrama Bereputasi
Kenyataan Media iGuru
Tarikh : 20 Januari 2020
Isu : iGuru sangkal dakwaan ibubapa berkaitan amalan Ritual Agama di Sekolah Berasrama Bereputasi
1. iGuru menyangkal dakwaan ibubapa berkaitan isu bahawa aktiviti kerohanian menjejaskan prestasi akademik pelajar sebagaimana yang dilaporkan oleh FMT.
2. iGuru menganggap kenyataan ibubapa tersebut adalah kes terpencil dan berkemungkinan ia timbul akibat salah komunikasi pihak ibubapa dengan pihak sekolah berkaitan pelaksanaan program tersebut dari aspek teknikaliti.
3. Untuk pengetahuan, setakat ini sekolah- sekolah yang cemerlang akademik diperingkat PT3, SPM dan STPM telah membudayakan amalan- amalan kerohanian ini untuk sebagai satu terapi jiwa dalam memudahkan usaha menimba ilmu seperti amalan membaca al-Quran, amalan solat berjamaah dan sebagainya.
4. Sekiranya ada masalah berkaitan hal tersebut pihak ibubapa boleh berbincang dengan pihak pentadbiran dan bukan memberi persepsi negatif kepada program tersebut. Ini kerana semua program yang dijalankan tertakluk kepada pekeliling kokurikulum dan aktiviti keagamaan di sekolah.
5. Semua program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah adalah dirancang secara konsensus oleh para guru dan pentadbir serta sumbangan sarana ibubapa demi untuk meningktkn kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.
Mohd Azizee bin Hasan
Presiden iGuru