Isu : Kelayakan Pelajar UEC untuk mengambil Sijil Amalan Guaman
1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia ( iGuru) mengambil peduli pengiktirafan Peguam Negara untuk membenarkan lepasan UEC untuk mengambil CLP .
2. iGuru berpandangan tindakan ini mencabar status quo kedaulatan perlembagaan dan boleh mewujudkan dualisme sistem pendidikan.Sepatutnya pengiktirafan ini perlu melalui mesyuarat kabinet dan bukan dilakukan terburu-buru tanpa pengetahuan pihak KPM.
3. iGuru melihat pengiktirafan ini membawa kepada pelebaran jurang perpaduan antara semua kaum manakala usaha memupuk perpaduan melalui wadah pendidikan sukar direalisasikan. Bahkan ia menganaktirikan anak- anak murid yang telah melalui sistem pendidikan arus perdana terutama di SMJKC / JKT.
4. Justeru iGuru melihat sekolah kebangsaan perlu diperkasa sebagai sekolah pilihan semua kaum dan pengiktirafan ini akan melemahkan usaha memperkasa sekolah kebangsaan.
5. iGuru berharap kebenaran menyambung CLP ini perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan tidak menyentuh sensitiviti kaum yang boleh gugat keharmonian negara.
6. iGuru juga mendesak supaya pihak yang berkaitan menangani segera isu graduan undang-undang USIM yang masih belum diiktiraf dan mendapat kelulusan penuh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang untuk bekerja di Mahkamah Sivil.
Mohd Azizee b. Hasan
Presiden iGuru