Isu Pendidikan

Isu: Pemakaian Seksi Dalam Pertandingan Tarian Anjuran Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (MUDA)

KENYATAAN MEDIA iGURU
ISU : PEMAKAIAN SEKSI DALAM PERTANDINGAN TARIAN ANJURAN PERSATUAN TARIAN MALAYSIA BERSATU (MUDA)
Tarikh : 01 JULAI 2019

1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengucapkan terima kasih di atas respon pihak KPM berhubung isu penggunaan logo KPM oleh penganjur Perak Muda Medalist Dancesport Association (MUDA) di dalam Pertandingan Tarian yang melibatkan murid-murid sekolah.

2. iGuru menyokong ketegasan pihak KPM dan berharap pihak KPM dapat memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan yang menggunakan logo KPM tanpa pengetahuan pihak KPM dan tidak mengikut SOP pemakaian seperti yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2009 dan Bil 7/1988.

3. iGuru berharap supaya pihak Kementerian Pendidikan melihat usaha membangunkan kecemerlangan murid perlu seiring dengan pembentukan sahsiah dan nilai-nilai murni yang berpaksikan budaya timuran yang menjaga adab dan kesopanan.

4. iGuru bimbang usaha normalisasi barat yang bebas tanpa kawalan ini mengundang kehancuran generasi muda bahkan akan membawa kepada keruntuhan akhlak dan masalah-masalah sosial yang lain. Usaha membangunkan peradaban bangsa yang cemerlang mestilah dimulakan sejak dari sekolah rendah lagi melalui wadah pendidikan dan berpaksikan asas-asas rukun negara “Kesopanan dan Kesusilaan”.

5. iGuru menggesa supaya penekanan aspek kerohanian dan nilai-nilai agama diperkasakan diperingkat sekolah rendah lagi bagi memastikan generasi pelajar memiliki jatidiri yang kuat menghadapi cabaran masakini yang melenturkan identiti bangsa serta memahami apa yang termaktub di dalam 5 prinsip Rukun Negara kita.

En. Mohd Azizee b Hasan
Presiden Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia (iGuru)

Back to top button