Isu Pendidikan

Isu Pengumuman Pelaksanaan PPSMI oleh YAB Perdana Menteri

Isu Pengumuman Pelaksanaan PPSMI oleh YAB Perdana Menteri

1. iGuru bersetuju bahawa subjek sains dan matematik perlu dimantapkan dan pada masa yang sama Bahasa Inggeris perlu diperkasakan di peringkat sekolah sebagai persediaan menghadapi cabaran kebolehpasaran masa depan dan dunia sains dan teknologi yang berkembang pesat.

2. iGuru melihat pihak KPM perlu merangka dasar baharu untuk memastikan penguasaan sains dan matematik dikalangan murid-murid terus meningkat dengan mengambil kira pencapaian murid Malaysia di dalam Timss dan PISA tanpa mengenepikan keupayaan menguasai Bahasa Inggeris.

3. Mengembalikan semula PPSMI dalam format sebelum ini secara tergesa-gesa dibimbangi akan mengakibatkan kegagalan murid- murid luar bandar yang rata-rata dari kaum Bumiputera.

4. iGuru menyarankan pihak KPM mengkaji secara teliti keberkesanan Dasar DLP yang sedang dijalankan sebelum mengembalikan PPSMI dalam format baharu.

5. Aspek yang paling penting ialah sejauh mana penguasaan sains dan matematik menggunakan Bahasa Inggeris lebih berkesan dari menggunakan Bahasa Melayu. iGuru menyakini penguasaan sains dan matematik menggunakan bahasa ibunda lebih berkesan dari menggunakan Bahasa Inggeris.

6. iGuru menolak sekali lagi percubaan menjadikan murid- murid dan guru-guru sebagai bahan makmal ujikaji melalui usaha menghidupkan kembali PPSMI yang akhirnya membawa kesan buat generasi akan datang.

7. iGuru mencadangkan satu kajian menyeluruh dari aspek sumber manusia, fasiliti, akses internet, kemampuan kewangan, jurang sekolah bandar luar bandar serta kaedah PdPC terkini di ambil kira sebelum dilaksanakan.

8. iGuru tidak mahu langkah tergesa-gesa ini membawa padah pada bangsa dan negara nanti. Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah menifestasi kedaulatan undang -undang manakala memperkasa Bahasa Inggeris sebagai alat menguasai keilmuan adalah usaha mengukuhkan ia sebagai bahasa untuk mendepani cabaran teknologi dan abad digital.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru

Back to top button