Isu Pendidikan

Isu Penularan Video Ustazah merangkak diaibkan ibu murid.

1. Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia ( iGuru) merasa kesal dan tercabar dengan tindakan seorang ibu kepada murid yang mengaibkan seorang ustazah di dalam kelas.

2. Tindakan seorang ibu murid yang menyuruh ustazah itu merangkak di hadapan murid- murid lain telah mencabar dan menghina profesionalisme seorang guru.

3. Sewajarnya seorang ibu jika ada isu berkaitan dengan guru perlu dibawa ke meja perundingan dengan pihak sekolah dan bukan mengambil tindakan tersebut secara terburu- buru tanpa kawalan emosi dengan mengaibkan guru tersebut.

4. Ibu tersebut sepatutnya boleh berbincang dengan pihak PIBG atau menggunakan saluran perundangan yang bersesuaian.

5. iGuru menganggap tindakan ibu tersebut yang telah menviralkan video itu telah melanggar hak individu dan pihak sekolah perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan apa cara sekalipun agar profesion perguruan dihormati dan dijunjung tinggi.

6. Pihak sekolah atau mereka yang berkaitan perlu menggunakan tindakan undang- undang bagi mengelak perkara seperti ini berlaku.

7. iGuru pernah mencadangkan diwujudkan kod etika penguatkuasaan disiplin kepada pelajar dan penggubalan akta yang dapat membela warga guru apabila berdepan dengan tindakan ibu bapa.

8. iGuru menyakini bahawa jalan penyelesaian terbaik ialah melalui perundingan dan perbincangan harmoni antara pihak sekolah, ibubapa dan guru tersebut demi memastikan kebajikan guru terbela dan pendidikan murid- murid terjaga.

Presiden iGuru
Mohd Azizee bin Hasan

Back to top button