Isu Pendidikan

Isu : Pertukaran Perkhidmatan 1Bestarinet FrogVle ke Google Classroom

Isu : Pertukaran Perkhidmatan 1Bestarinet FrogVle ke Google Classroom

1. iGuru menyambut baik perubahan perkhidmatan 1Bestarinet yang diberikan kepada YTL kepada Celcom Axiata, Maxis dan TM One sebagaimana kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM di atas tempoh tamat perkhidmatan YTL.

2. iGuru berharap perubahan ini perlu dilaksanakan secara terancang dan sistematik supaya hasrat KPM untuk mendigitalkan akses pembelajaran ini tercapai dan memberikan manfaat pendidikan kepada warga guru dan para pelajar.

3. iGuru yakin para guru bersedia untuk menerima telco baru dengan harapan perubahan ini dapat meningkatkan kecekapan pengajaran dan pembelajaran digital sesuai dengan PdPc Abad 21.

4. iGuru mengesyorkan pihak KPM memberikan taklimat secukupnya kepada warga guru disusuli latihan yang intensif berdepan perubahan ini terutama menggunakan Google Classroom sebagai pelantar pembelajaran alternatif menggantikan Frog VLE. iGuru bimbang jika ia tidak diberikan latihan yang cukup maka keberkesanan program ini tidak akan tercapai.

5. Dari aspek yang lain iGuru berharap KPM juga perlu melihat aspek prasarana terutama sekolah-sekolah luar bandar dan pendalaman supaya akses capaian internet mudah diperolehi bagi mencapai tujuan pembelajaran dan pengajaran digital.

6. iGuru nenyokong usaha pihak KPM ini dan berharap ia dapat meningkatkan kualiti sistem pengajaran dan pembelajaran serta mengoptimunkan kewangan sekaligus membantu keberkesanan proses PdPc .

Back to top button